Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Sunday, September 15, 2013

2 Awesome Weeks.

Hi there! Serius lama tak menulis kat sini. Dah naik semester 3 ni, macam-macam benda nak kena buat kot. Ha Ha Ha.. Dalam hati  dah membuak-buak nak cerita dekat blog. Pagi-pagi update blog sambil dengar lagu My paper heart AMR yang nyanyi. Kepala pun terangguk-angguk ha. Patutnya ada kelas pukul 8 pagi ni. Tapi tadi class rep dah bagitau Miss ada hal. Senyum lebar-lebar la aku. Wahahaha.. Nak elak tidur balik, aku pun online la. Macam-macam halangan rintangan sebelum aku nak update entri baru ni. HA HA HA. Gambar dekat phone tak boleh nak bluetooth, sebab masalah laptop la, apa la. Ha Ha Ha. Semalam pulak dok terkial-kial jawab pretest. Zzz. *dah-dah la pembuka ni, boseyyy -_-*

26 Ogos 2013, aku jejakkan kaki di UMT. Pheww. Awalkan aku balik?? Muahahaha. Okaylah, pendekkan cerita, 28 Ogos 2013 bermulalah kisah 2 Awesome Weeks! Training of Trainers, senang lagi kalau sebut, ToT. Hohoho... Mula-mula aku ingat ToT buat dalam kawasan Terengganu je. Sekali dapat tahu, luar Terengganu haa. :O Lama jugaklah perjalanan nak sampai situ. Zz. Kat mana ToT ni? Ala, dekat Bentong, Pahang. Jauh jugak la tuu. Pening kepala aku kejap sebab lebuhraya berliku-liku. Hahaha. Hiperbola pulak rasanya. :3 Aku diletakkan dibawah unit pengangkutan, jadi sepanjang-panjang aku dekat kem tu boleh katakan dengan diaorang je la. Masa ni malu-malu lagi, aku baru jadi semut je. Orang tanya aku jawab. Orang buat tak kisah aku diam je la. Ha Ha Ha. I'm a shy person. *noted that. ahaks* 

Dah masuk kawasan kem

Dekat sana, aku start rapat, bising, buat lawak semua dengan diaorang time explorace. Aktiviti last kot. Baru nak bermesra-mesra dengan diaorang. Hampeh hampeh. XD Tapi bila dah kenal, rasa macam semua jenis yang sempoi je. Ha Ha Ha. Patutnya kitaorang dah boleh dapat first place, tapi bila dah sampai checkpoint last, kitaorang pun jadi group last, mana taknya, jambatan gantung checkpoint last. Ha Ha Ha. 3 jam tunggu giliran untuk group kitaorang. Dalam masa 3 jam tu, dok tangkap gambar la, ape lagi XD


Ada je dalam group aku ni nervous-nervous, ketaq-ketaq nak naik jambatan gantung tu. Hahahaha. Dengan cara mengacau orang kat jambatan gantung tu, diaorang hilangkan perasaan gemuruh tu. Wahahaha. Bila dah giliran diaorang, senyap seribu bahasa atas jambatan tu. Last day dekat situ, dapatlah vest untuk memulakan tanggungjawab sebagai fasilitator Minggu Jalinan Mesra 2013/2014 :3


Hari pertama aku bertugas, aku pergi jemput orang dekat lapangan terbang. Teruja la jugak, sebab tak pernah lagi pergi lapangan terbang Terengganu. Apa lagi jemput orang sambil pegang tag logo UMT. Acah-acah macam dalam TV tu. Ahahaha. Aku jumpa pelbagai ragam orang kat situ. :D

Shift 3

Sementara kitaorang sedap menikmati kesejukan lapangan terbang, member shift lain dalam unit pengangkutan berpanas dalam dekat UMT. Hewhewhew. Sabar eh korang. Ada kawan aku sampai terbakar kulit dia, sebab berpanas lama sangat. Sabar ya. Ho ho ho.

Le juniors :)
Siapa cakap tak letih woi jadi fasi? Berjalan sana sini boleh cabut kaki. Phewww. Paling best jumpa junior kos sendiri. Sorry korang, takde gambar mereka. :( Group LDK yang aku handle the best, depa syok main game je. Ha Ha Ha. XD Even ada yang lagi tua dari aku, tetap panggil akak. Aku tak bagitahu pun umur aku. Wahaha. :3 Tak kisah pun kalau diaorang nak panggil akak fesi ke, kak Sherah ke, umur tak melambangkan apa-apa. eceh. As along as we respect each others, right? Ada la jugak pengisian pasal kos aku ni dekat diaorang. Serius diaorang baik-baik. Peluk cium.! Mmuahh korang XD

Last day of MJM. Forum perdana

Ni kali pertama aku jadi fasilitator untuk remaja belia. Selalu budak sekolah rendah, sekolah menengah yang baru nak masuk tingkatan 1 je. Masa sebelum nak mulakan LDK 1, aku gementar gila sebab takut, ye la, tak semua dalam kumpulan LDK kita ni muda dari kita, takut ada yang susah nak handle ke kan, tapi Alhamdulillah syukur sangat-sangat dapat yang baik-baik. 1 Malaysia lagi tu. Semua boleh masuk sekepala.

credit to Khani

credit to Khani
Gambar kat atas ni masa freshie tengah dengar taklimat, and semua fasilitator kena berkumpul sebab nak ambil gambar mengikut unit. Masa tengah tunggu giliran bergambar, ni lah kerja kami. Ha Ha Ha. Makan Cadbury kongsi ramai-ramai. Mekaseh Man sebab bagi Cadbury besar tuh. Wahahaha. Serius, tak kira bangsa, semua boleh sekepala. Tiada masalah ;) Lepas je MJM, serius rindu dekat diaorang semua. Masa tu aku baru rasa ada ramai kawan dari kos lain. Kalau tak hidup aku macam tak berkembang je, sebab tak berkawan dengan budak kos lain (.__.) Thanks for being my new awesome friends :D

That's all, Adios.




Thanks for dropping by :)

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.