Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Monday, July 29, 2013

Macam mana nak mohon PTPTN?


Hi there! Lama tak menaip kat sini. Ho Ho Ho. Alang-alang ada masa ni, aku nak share pasal macam mana nak mohon PTPTN. Apa yang bakal dikongsikan ni berdasarkan pengalaman aku, dan ada sikit rujukan dan sumber-sumber dari internet dan member. So, kalau kurang paham atau kurang informasi, maaf beribu kali maaf. :D Anda digalakkan bertanya. InsyaAllah selagi mampu untuk menjawab, aku jawab soalannya. :D

Okay, masa aku mohon dulu, memang payah, sebab kekurangan petunjuk atau cara-cara nak mohon PTPTN ni. Mungkin agak lambat sikit entri ni, sebab, amek masa nak ingat macammana time aku mohon PTPTN dulu. Wahaha XD

1.Buat akaun SSPN-i. Wajib (syarat-syarat PTPTN no 6)

2. Next, beli no pin PTPTN kat BSN 
  •  No. PTPTN diperlukan semasa pemohon membuat pendaftaran kali pertama bagi permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN secara online.
  • Pemohon perlu membeli No. PTPTN yang bernilai RM5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui salah satu (1) daripada saluran berikut:
  • 1. Kaunter;
  • 2. Mesin Juruwang Automatik (ATM); atau
  • 3. Mesin Deposit Tunai (CDM); 
  • No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No. PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online. [sumber]
3. Lepastu, pergi ke Laman Web PTPTN > Pembiayaan Pendidikan > Permohonan Pembiayaan > Permohonan Pembiayaan Pendidikan Secara Online > Sistem Permohonan Pembiayaan Online

  • Isi apa yang dia nak untuk pendaftaran kali pertama. Untuk Tarikh dengan masa tu, korang kena ambil tarikh dan masa yang ada dalam penyata korang beli nombor PTPTN tu. Ikut format yang dia suruh isi tu.
4. Kemudian isi maklumat yang diperlukan. Isi dengan jujur tau. Ho Ho Ho. *Penting isi emel yang sepatutnya, emel yang aktif. Jangan isi alamat emel yang korang dah lupa paswordnya. Sebab, nanti dia akan umumkan korang dapat ke tak melalui emel ni. Tambahan pula, borang-borang yang kena print pun dia akan emel sekali, jadi E-MAIL YANG AKTIF TU PENTING.*

Okay, segala benda kat atas ni korang boleh start mohon sebulan sebelum hari pendaftaran korang. (contoh : masuk U 2 Sept, so, start mohon 2 Ogos)
Tarikh tutup permohonan tu ikut universiti. Tambahan lagi, dia punya tarikh tutup permohonan ni ikut kelompok. Nak tahu tarikh tutup permohonan sila Klik link ni →TARIKH TUTUP

Okay, settle dah yang atas tu? Orait, kemudian korang kena tunggu la, bila PTPTN akan umumkan samada permohonan korang lulus atau tak. [klik untuk tahu bagaimana nak cek dapat ke tak] PTPTN akan email borang yang kena print. Tu sebab emel tu penting. :)

Bila dah print semua ni, korang kena beli setem HASIL 2 keping. 1 keping = RM10.
Settlekan segala borang ni, ikut apa yang pegawai PTPTN nak. Mesti lengkap tau.
Kemudian, akan ada pegawai PTPTN datang ke universiti korang untuk kutip borang-borang tersebut.
Borang akan diproses, pegawai tu akan check maklumat borang tu, untuk mengelak daripada berlakunya penipuan. Kalau lulus, tunggulah duit masuk dalam bank :)

Okay, itu sahaja. Kalau ada apa kurang jelas dan tak paham, tinggalkan komen, insyaAllah aku try jawab. Maklumat lebih, boleh klik dekat link bawah ni.


Okay, itu saja.. Babaiii. Assalamualaikumm ^_^

_________________________________________________________________________


*Sedikit penambahan.

1- Masa nak mohon tu pastikan, make sure, TAK salah tahun menduduki SPM dan seangkatan dengannya [contoh : tahun belajar di matrikulasi / Form 6]

2- Double check sebelum korang tekan HANTAR PERMOHONAN tu.

3- JIKA korang baru perasan ada salah kat mana-mana butiran (details) permohonan tu, jangan risau. Tak perlu buat permohonan kedua. Time aku dulu pegawai PTPTN suruh potong mana yang salah, dan tulis yang betul kat sebelahnya. Tapi, tak semua details yang boleh pakai kaedah potong-potong ni tak silap. Maaflah kalau perkongsian aku ni sedikit hambar. :(

4- Kalau nak betul-betul confirm, telefon pihak PTPTN. :D

Mostly, ramai salah isi dekat tahun ambil SPM, kan? All the best.


_______________________________________________________________________

*Another Addition

No Hotline PTPTN : 03 2080 4455

Klik sini untuk nombor telefon mengikut cawangan negeri :D

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan

________________________________________________________________________

*Mengenai SSPN-i

Soalan latest yang aku dapat:

  • macam mana nak buat akaun SSPN-i?
  • Sama je ke SSPN dengan SSPN-i? 
  • Kenapa kena ada akaun SSPN-i?
Okay, sekarang aku jawab soalan ketiga dulu. Memang wajib kena ada. Sebab dia dah jadi syarat untuk permohonan PTPTN :)

Soalan kedua, sama je dua-dua tu :D

Soalan yang pertama pulak, boleh rujuk link ni, SSPN-i klik sini.
Dalam link tu dia ada terangkan macam mana nak buka akaun SSPN-i ni.



________________________________________________________________________

*Extraa


well, ada tambahan lagi. makin banyak pulak tambahan :D takpeee.. kita share sama sama
Ada readers yang baca and tanya pendapat aku. First soalan dia, dia salah isi no matrik dan tahun SPM dia pun salah. Second : Kena buat permohonan kedua ke?

So here's the answer : Untuk SPM tu, korang boleh guna kaedah potong potong tu. Dan no matrik tersalah tu takpe, kira buat je la benda sama potong potong. Terima kasih pada reader yang sudi berkongsi pendapat mengenai no matrik tu. Dia siap pergi pejabat PTPTN lagi dan siap bagitau aku. I'm appreciate it sooo much :D So tak perlu permohonan kedua..


thank youuu...

(Segala perkongsian mengenai PTPTN adalah dari pengalaman sendiri. Apa apa terkurang tertambah harap maaf dari semua pembaca. Untuk kepastian yang 100%, boleh tanya pihak PTPTN. Amat digalakkan)

_______________________________________________________________________

*Psstt..

Maaf sangat kepada korang yang tanya di ruang comment, maaf sebab tak menjawab sesetengah soalan. Keadaan sekarang tidak mengizinkan. Saya hanya mampu balas bila ada masa terluang. Sekali lagi, terima kasih sangat sangat sangat singgah sini T-T #terharuu


Disclaimer: semua yang tertulis diatas adalah berdasarkan pengalaman sendiri sewaktu memohon PTPTN pada tahun 2012 & juga rujukan daripada laman web PTPTN.



Thanks for dropping by :)

Wednesday, July 17, 2013

Segmen klik-klik duit raya by www.cikyaya.my


klik banner untuk join..
due date 25 July 2013 ( 3pm)

Nak tag korang :

As simple as ABC :D



Thanks for dropping by :)

Sunday, July 14, 2013

Tahniah kawan-kawan yang dapat Sambung Degree. (:

Hi there ! It's been awhile I don't open this blog and blogwalking to others blog. Ho Ho Ho. Hari ni terasa nak buat entri ni sebab seiringlah dengan hal ehwal semasa sekarang. Iaitu, kemasukan pelajar Ijazah baru. Haa, sorrylah kalau tajuk tu panjang berjela, sebab tak tau nak letak tajuk apa yang sesuai. Ehee~ Berkali-kali tukar. Sebelum tu nak ucapkan tahniah pada semua yang dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda atau Degree ☺ Sebelum proceed nak baca perenggan bawah, cakap Alhamdulillah dulu sebab diberikan rezeki untuk sambung belajar :D

Ehemm, nak cerita ni, tak kisahlah universiti mana pun korang dapat, tujuan universiti tu ditubuhkan adalah sebagai institusi pembelajaran, kan? Aku tahu ada sesetengah yang kuat luar sana tu sedih tak dapat universiti yang diidam-idamkan, tak dapat belajar kat universiti top di Malaysia. Hmm. -_- Jangan bersedih. Bagi aku semua tempat sama je. Tak perlu nak bersedih bagai. Maaf kalau terkasar kat sini. Kena bersyukur sangat-sangat sebab dapat sambung ijazah. Tak semua orang ditawarkan untuk sambung study. Cuba fikir, apa perasaan diaorang. Mesti sedihkan? Mungkin kita jeles, cemburu ada kawan kita dapat sambung Research University seperti UM, UKM, UTM, USM dan UPM. Rezeki dia, kita tumpang bahagia, apa salahnya kan? :) Rezeki kita pun jangan dilupakan. Asyik tengok rezeki orang je kan? Memanglah jadi cemburu. ☺ Pertama-tamanya, cakap Alhamdulillah dulu.

Jangan bila ada yang bertanya, "Dapat U mana?", korang jawab hambar semacam je -_- University is still university, right? A place for study and to find love. #ehhhhhh -_- Gurau. Ada kawan aku cakap, orang tak pandang universiti apa, orang pandang kos apa yang kau amek :) Ho Ho Ho. Maaf kalau kasar disini. Hmm, itu orang-orang macam kamilah. Ya, ada sesetengah golongan yang lebih dewasa dari kita, dia pandang kita dapat universiti apa. It's just their thought. Our future it's not in their hands right? Lagi satu, apa perasaan orang yang belajar kat universiti tu dengar jawapan hambar korang? Kecik hati tau. Hmm -_-

Akhir kata, apa-apa yang kita dapat sekarang ni, kita beryukur dengan ketentuan-Nya. Tak perlu bersedih, sebab ada lagi yang kurang bernasib baik dari kita. Kita cuba dulu apa yang kita dapat tu :) Mana tahu tu yang memang sesuai dengan korang, right ? :D

pssst : Dapat sambung mana? Hee, btw tahniah semua :D Assalamualaikum

Google




Thanks for dropping by :)

Tuesday, July 9, 2013

La Tahzan Innallaha Ma'ana


Credit : Google
Credit : Google

I must be tougher than usual, right?

I believed that there's always reasons behind something have happened.

La Tahzan, Shahirah :')


Thanks for dropping by :)

Salam Ramadhan


Hi there ! Just a few hours we will enter to Ramadhan, right? So how was your preparation? How was your feeling? Alhamdulillah, I feel a little bit excited for this year Ramadhan. Well, I don't sure why ^_^ Maybe there's something will be happen during the fast month, right? Who knows. :D It maybe a surprise from Allah to us.


BG: credit to Google. XD


So, let's together we grab the opportunity in Ramadhan. :D Well, all the syaitaan have been tied up, and only left our 'nafsu' that we must take care of. My my, I'm sure all of us, can overcome this circumstances :D InsyaAllah ♥ ♥ ♥ Let's start to find the greatness of our religion, Islam, in case we never try to thought about it before. Let's seek for forgiveness from Him :D He is The Most Merciful. Oh, by the way, prevent from WASTING during Ramadhan. ;) *Bazaar Ramadhan yang menggoda kita tu* Buy what we need, not what we want. Yeah, I know the moment you at the Bazaar Ramadhan, you feel like want to buy all of the food there, because we're at the state of hunger. Hm. don't follow your nafsu much. Ha Ha Ha. Follow what your belly fits with. ☺ ☺ Okay, let's prepare for the best for our blessed Ramadhan, muslim muslimat wa mukmin mukminat. :D

That's all. May Allah bless us. Assalamualaikum.. Baii Baii



Thanks for dropping by :)

Saturday, July 6, 2013

Empty.

Empty head.

Empty hearts.

Empty minds.

Empty feelings.

Empty stomach. #ehh


Ramadhan hampir tiba, lagi 4 hari je. Jadi, isilah segala kekosongan diatas tu, dengan selawat, zikir, bacaan Kitab suci Al-Quran dan solat-solat sunat. Sama-sama kita berjuang untuk mendapat redha-Nya dan juga berjuang untuk berubah menjadi seseorang yang indah di mata-Nya. :D (doakan kami T^T) Peringatan untuk diri sendiri, dalam masa yang sama teringin nak berkongsi dengan korang. InsyaAllah sama-sama kita kejar 1001 kebaikan pada bulan Ramadhan, dan insyaAllah, kekalkan sehingga hujung nyawa kita. Err, tapi satu je yang kita tidak boleh isi masa bulan puasa. Ya! Perut kita ya tuan-tuan. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Syaitan memang takde, tapi nafsu still ada. Jadi, jagalah nafsu tu sebaik-baiknya. Oyeahh! *ikat diaaaaa. Jom sama-sama saling ingat-mengingati tentang kebaikan bulan Ramadhan, Do's and Don't's bila berpuasa. :D Almaklumlah kami ni manusia, banyak kelemahannya. Ehehe~ Jadi apa guna family kawan sahabat handai kalau tidak lain tidak bukan mengingatkan kami, ye dak? May Allah bless me, you and all of us. Marhaban Ya Ramadhan :D Assalamualaikum semua....



Thanks for dropping by :)

Friday, July 5, 2013

Banner Giveaways Cik Yaya

 

 jom join.
klik banner ok ^_^

Kali ni nak ajak ramai-ramai join GA Cik Yaya yang ni pulak. Ho Ho Ho. Memandangkan aku ada masalah dengan banner aku tu (cuba tengok kanan), harap-harap dengan adanya banner Cik Yaya ni, hilang masalah tu, InsyaAllah :D. 



Warna yang menjadi pilihan hati sejak azali : HIJAU ♥♥♥♥
Ayat yang nak diletak : Welcome to my Blog. Click Here.

Jomlah join sekali :D Klik pada banner yee :D Assalamualaikum



Thanks for dropping by :)

Monday, July 1, 2013

Sedarkah kita?


Sumber : Facebook 

Jumpa ni dalam Facebook page Bercinta Selepas Nikah. Hurm, benda ni memang jadi pun kat luar sana. Aku sendiri pernah mengalami. -_- Maksudnya pernah nampak. Situasi di Terengganu. Tengah-tengah membeli barang harian aku, aku ternampak sekumpulan muslimah cantik berpurdah. Allah, cantik-cantik orangnya. Aku suka tengok orang berpurdah. Mungkin sebab aku rasa tenang je tengok diaorang. Hmm, mungkin hati aku tercuit sikit nak macam tu :D  Mana tahu kan? Jadi aku terus je perhati diaorang. Tak salahkan aku perempuan, tengok perempuan lama-lama?*Tak bernafsu pun* O.o Dalam dok aku perhati diaorang tu, aku tertenung mata diaorang, "Allah cantiknya mata, mesti mukanya pun cantikkan? Putihnya kulit... memang patut diaorang pakai purdah :) " Kata hati aku. Tenung lagi, ohh baru perasan, cantik sungguh perhiasan mata tu. -_- Ber 'eye liner', ber'contact lens' yang cantik warnanya, ala-ala warna hazel gitu. Hmm, aku ni jenis kalau perhati orang tak pandai nak cover. Maaflah -_-' Ha Ha Ha. Sedangkan aku yang perempuan ni pun tertarik dengan perhiasan, pemakaian mereka, apatah lagi lelaki? Hah. Kesian jugak kat lelaki-lelaki ni. Hmm.

Maaf jika ada yang terasa. Hm, ya aku tidak berpurdah, tidak bertudung labuh. Tapi berdasarkan pengetahuan aku dan ditambahkan lagi dengan hasil pembacaan blog member aku Nur Aqilah a.k.a Yufa Aqilah dan blog Niqabi Nuances; berpurdah ni pakaian isteri Nabi, Sunnah untuk dipakai. Niat kerana Allah bukan untuk berhias dan bukan juga kerana trend. Hormati mereka yang berpurdah. :) Manusia kan? Bila sorang yang buat kesalahan, habis orang yang sama macam orang tu, turut dipersalahkan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


Akhir kata, tak semua orang di muka Bumi Allah ni sempurna, sama jugak macam aku :) Jadi kita kena saling mengingati. Kalau kita ni jenis keras hati, ramai kawan-kawan yang nasihatkan kita, tapi tak boleh nak terima jugak nasihat tu, cakap dengan kawan kita tu, " Kau jangan pernah jemu eh nasihatkan aku, aku ni kena nasihat berkali-kali T^T ". Lagi satu, banyakkan berselawat insyaAllah lembut hati kita tu. Kalau tak boleh jugak, pergi rebus hati tu kasi lembut. He He He. Gurau gurau. Ingat niat kena betul :) Moga Allah lindungi kita semua, moga Allah permudahkan urusan kita, insyaAllah. Assalamualaikum. Babai teman-teman ♥ ♥ ♥ ♥



Thanks for dropping by :)

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.