Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Sunday, May 5, 2013

Sambungan Seminar 4S - Tanda-tanda kena Sihir dan Perisian yang lain ☺

Hi there ! Kali ni aku nak sambung perisian yang lain pulak. Best tau kongsi ilmu ni :) Sebab bila kongsi sampai bila boleh ingat benda tu, insyaAllah :) Okeylah, kali ni mungkin banyak perisian yang aku share dalam satu entri ni. Rajin-rajinlah baca sampai bawah :3

Ustaz Sharhan Shafie


Tanda-tanda sihir boleh dikesan melalui mimpi yang kita alami time tidur. Selain itu, seseorang tu mungkin mengalami kesukaran untuk tidur malam. Antara tanda terkena sihir adalah:

Tanda-tanda terkena sihir
  • Mimpi ular patuk (warna hitam ularnya)
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • Mimpi dikejar binatang
  • Mimpi berada dikawasan kotor
  • Mimpi berada dikawasan kubur
  • Mimpi berada dikawasan sunyi
  • Mimpi benda-benda tajam yang mengancam
  • Mimpi melihat hantu
  • Mimpi menyusu/meriba/mendukung budak kecil
  • Mimpi jumpa paderi
  • Mimpi salib
  • Mimpi orang yang sudah meninggal dunia memberi barangnya kepada kita
  • Ditindih ketika tidur
  • Mimpi seolah-olah anda terbang
  • Mimpi najis
  • Mimpi sembilu (kategori tajam)
  • Bunyi gigi berlaga waktu tidur (orang lain yang terdengar, sewaktu anda tidur)
Haa, itu adalah tanda-tanda terkena sihir. Semoga kita dijauhkan dari sebarang sihir dan sentiasa dilindungi-Nya, InsyaAllah :) Move on to next topic. :) Sekarang aku nak share pasal tanda-tanda orang yang terkena ilmu pengasih.

Tanda-tanda orang yang terkena Ilmu Pengasih
  1. Patuh kepada arahan kekasihnya secara membuta tuli
  2. Gila bayang yang melampau
  3. Tak keruan kalau dalam masa 24 jam tak berjumpa
  4. Rasa cemburu yang melampau pada kekasihnya
  5. Susah tidur waktu malam sebab rindu
  6. Sentiasa berkhayal mempunyai kereta besar, keluarga besar bersama kekasihnya
  7. Mementingkan kekasihnya lebih daripada keluarganya
Kepada kaum Hawa, minta dijauhkan dari terkena ilmu pengasih ni. Semoga kita terpelihara dari segala ancaman, begitu juga dengan kaum Adam. Mana tahu, ada juga perempuan yang tergilakan korang, sampai sanggup buat macam ni, kan? Jadi, jangan main-mainkan perasaan perempuan.*Nampak tak ugutan? ekekeke* Yang perempuan pun sama, jangan buat macam tu kat kaum Adam. Semua manusia ada perasaan, jangan sesekali menyakiti hati mereka :')


Haaa, selain tu, Ustaz ada share pasal cara memilih pasangan. ekekeke... Mulalah semua orang gelak-gelak segan silu... *cett, koya je ni* Nak tau tak? Haaa, macam yang aku dengar, kalau lelaki, nak pilih pasangan hidup dia, diaorang tengok tapak tangan, muka dengan apa lagi satu aku tak ingat (^^)" Maaf maaf.. Ustaz kata dari situ, lelaki dapat tahu perempuan macam mana yang dia nak untuk sehidup semati dengannya, ecehhh XD Bagi yang perempuan nak pilih pasangan hidup, dia cakap pilih yang setentang. Nak tau macam mana? Pilih ikut gene dialah... Ustaz kata, kalau kacukan anaknya pandai. Hehehehe. Kacuk tu tak semestinya kahwin dengan bangsa lain, #notethat. Apa yang dimaksudkan dengan ustaz adalah kacuk antara gene (genetik).


Antara contoh yang ustaz bagitahu, tengok telinga mereka. Kalau korang ada cuping ( not attached earlobes) korang boleh cari lelaki yang sebaliknya :P HE HE HE.. Ini yang dinamakan kacukan gene. Oyeahh! Aplikasi Biologi dalam memilih calon suami~~ *nampak tak gatal? maaf maaf* Okey, korang paham tak? Tak paham cakap tau? Aku kadang-kadang cakap berbelit sikit.. Maafkanlah segala kekuranganku T-T heeee. Okay last perisian yang aku dapat. Macammana nak tahu kedai tu pakai pelaris untuk menarik pelanggan?

Tanda-tanda ada pelaris di mana-mana warung, kedai etc
  • Makanan dia cepat basi [ maksudnya kalau contoh kita beli makanan tu siang, nak makannya time malam, tengok-tengok makanan tu dah basi ]
  • Ada gelas sumbing
  • Ada binatang dalam makanan, seperti kumbang, cacing, ulat.. -___-"
Hurm, kata ustaz nak elak bacalah "Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim" :) Semoga kita terlindung daripada terkena benda bukan sewaktu makan :)

Okeylah, sampai sini sahaja... Thanks for reading :)



Thanks for dropping by :)

No comments :

Post a Comment

Share anything, accept everything.
Spill your thoughts here ☺☺☺

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.