Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Thursday, August 30, 2012

The Importance for having an email.

Assalamualaikum



Kali ni aku nak share sikit pasal apa yang aku tulis besau besau kat tajuk atas tuh.. Aku tau korang semua mesti tahu punya emel tu apa kan kan kan ? Bohong tak tau.. -.-' Ramai yang mula buat emel sebab Myspace zaman dolu dolu tu.. HA HA.. Aku pun sama.. Niat ada emel, sebab tu je... Bila dah ada Friendster, Myspace, dan sekarang ni, masing masing dah ada Facebook dengan Twitter, gerenti penuh inbox email korang... Ye dak ?




Tapi bila dah nak masuk umur dalam lingkungan 17 tahun keatas, email tu memang penting gila.. Kenapa aku cakap penting ? Yela, nanti bila nak daftar apa contoh macam UPU ke apa, dia mesti minta emel korang punya.. Gerenti lah.. Dan sekarang ni dah maju, dia akan hantar apa apa update dekat emel korang tu.. Jadinya, aku sarankan buat lagi satu akaun emel, dan emel ni guna untuk benda penting macam UPU ke, PTPTN ke, permohonan biasiswa ke... Biar je emel first korang penuh dengan notification dari Facebook dan etc.




Tapi bila dah ada dua emel, jangan lupa password segala bagai yang ada tu ye.. Hah ! baru teringat.. Ada jugak kawan aku yang sign up Facebook, tapi dia takde emel.. HA HA.. Pastu, jenuh aku tolong dia buat emel baru, pastu tukar setting Facebook dia.. Ngahahaha.. Okeylah, babai :)

Thanks for dropping by :)

Tuesday, August 28, 2012

Tutorial teks bergerak (marquee text)

Assalamualaikum


Fuhh, baru balik settlekan medical check-up.. Alhamdulillah sekejap je.. Balik senyum lebar lebar.. ngeh ngeh ngeh.. XD Tau tak teks bergerak macam mana ? Meh Mak Jemah tunjukkan XD



Your words yeah!
Hah, macam tu lah :) Nak tau tak macam mane? jom XD

1-Klik design > add a gadget > HTML/JAVASCRIPT

2- Copy coding kat bawah ni dan paste dekat HTML/JAVASCRIPT

<marquee direction="left" >Your words yeah!</marquee>

3- Yang warna hijau tu, boleh tukar samada nak right ke left :)

4- Save dan siap :D

Thanks for dropping by :)

Such a busy week...

Assalamualaikum



Huuu, lama sangat dah tak update blog ni.. Almaklumlah sibuk aku ni mengalahkan perdana menteri.. HE HE.. firstly, aku nak mintak maaf pada yang tunggu entri baru.. Sorry sorry sorry so sorry so sorry, you guys :) So, how's your raya month? Mesti bestkan kan kan ? Kebanyakan member aku kata raya tahun ni paling best... same goes to certain blogger right? Entri raya korang memang menarik.. suka sangat XD Raya aku pun best jugak tahun ni.. First time dapat raya dengan member, boleh dikatakan, aku beraya satu Muar lah bila dengan diaorang.. Tempat yang aku tak pernah pergi pun boleh sampai.. HO HO...


Dengan ini aku nak mintak maaf zahir dan batin di sempena bulan yang Mulia ini.. Especially, yang sudi singgah blog aku yang simple lagi hina ni *sobs* dan tunggu entri baru :) Sayang korang... #ehh Takpelah, walaupun lambat sangat.. huhuhuhuhu~~




Sorry untuk kesekian kali.. Minggu ni busy sangat sangat.. Samalah dengan minggu lepas lepas lepas.. HE HE.. Minggu lepas lepas lepas sibuk buat kuih raya, pergi raya, jalan jalan raya.. #ehh... minggu ni pulak memang busy habis, sebab Sabtu ni dah nak pergi Terengganu.. :) Nak sambung belajar.. ngehehehe.. Merantau jauh kali ni :) Mak abah risau habis.. Excited ? adalah jugak rasa macam tu.. Tapi, perasaan gelisah tu lagi besar dari excited.. Yelah, macam macam benda nak digelisahkan... Gelisah pasal borang tak lengkap, gelisah pasal ada barang yang tertinggal... Tu paling risau sangat tuh~~

Doakan aku dan family selamat sampai Terengganu yea.. :) Dan tak terlupa barang sekali.. XD Okeylah, babai.. Assalamualaikum

Thanks for dropping by :)

Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum


How's your 18th day of Ramadhan? Hope you guys have a blessed life during this month :) Aku nak share satu video nih :) ngehehe XD My favorite :)




Yup, aku memang teringin nak main piano.. Just dapat main piano/keyboard masa kat sekolah dulu.. tu pun lagu happy besday je :D HE HE.. ada jugak main virtual piano dalam smartphone abahku :3 Syok, boleh jadi satu hobi aku lah, senang kata...
Some facts about that video :
Piano lantai (floor piano) ni terletak kat kedai mainan di US.. Nama kedai ni FAO Schwarz.. Kedai ni dibuka pada tahun 1862.. Kedai ni semakin femes sebabkan floor piano tu lah :D
Kat M'sia pun ada gak, kat Pusat Sains Negara tak silap.. Ada gak keinginan nak main time tuh, memandangkan aku pergi lawatan Kolej aku, dengan memakai baju kurung.. -.-' memang tak molek dok terlompat lompat kat situ time tu.. ahaha.. Tapi aku pijak jugak saje nak dengar satu dua bunyi.. ngenngg~ Tapi saiz dia tak berape nak besar macam kat dalam video tu punya :) Nak try, pergilah US.. AHA HA HA ;P Tak pun, try je kat PSN punya :)
Babai :D

Thanks for dropping by :)

Monday, August 6, 2012

Aisyah Shakirah - Awesome Muslimah blogger and vlogger :)

Assalamualaikum..


Ni nak cerita ni, sewaktu jalan jalan kat dalam Facebook tadi, keluarlah satu news feed dari kawan aku.. Dia share link pasal 1 blog yang mengusik hati dan jiwa aku untuk terus follow dan baca blog tu :) And yeah, the title of the entry that my friend had share on fb do attract me to read it :) " Why Don't I Have a Boyfriend ? " Ape lagi, aku pun singgah lah blog tu.. That was my first time visit that blog. :)



Cik Aisyah Shakirah..  An awesome muslimah blogger.. Dia pun ada vlog gak... :) Cari je dalam blog dia tu.. Vlog dia memang best.. Keterujaan aku baca blog dia ni, membuak buak... penuh dengan nasihat. :) Lagi satu benda yang buat aku tertarik dengan blog dia, adalah lukisan lukisan dia.. Hey, senang kata aku memang baca hampir semua entri dia, lagi lagi yang ada komik.. Aku sangat respek dekat Aisyah ni.. Umur baru 18, tapi fikiran dia sangat sangatlah matang dan dapat membuatkan aku rasa sangat kagum dengan dia :)*aku yang tua ni pun macam selenga je* Dia sangat pandai dalam bagi nasihat. Cara dia bagi nasihat melalui blog and vlog dia sangat friendly... XD Dia cakap omputih pun smooth je, takde gagap gagap punya.. Upah dia jadi cikgu BI aku pun ok gak :)


Psst.. adik Aisyah kalau ada singgah sinilah, :') Keep up the good work.. Gila suka dengan vlog adik yang "khemah" tu :) You really have a great opinion about it... :)

Thanks for dropping by :)

Friday, August 3, 2012

Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)

Assalamualaikum





Korang tau tak WPP tu ape? hurmm~ kalau tau baguslah.. Bagi yang nak masuk Uni bulan 9 ni, dah cek tak korang dapat tak WPP ni? Nak cek? meh, aku bagi link.

http://eform.ptptn.gov.my/wpp/semakan-wpp-sept.cfm

Soryy lah, agak lambat sikit sampaikan berita ni, PC buat hal.. Sekarang ni pun online pakai Laptop.. :) Kalau dah cek WPP ni, korang dapat tak ? Kalua dapat, tahniah :) Yang tak dapat? nak tau sebab ape? Maybe, korang tick "TIDAK" kat Wang Pinjaman Pembiayaan (WPP) PTPTN tu lah sebabnya tak dapat.. WPP ni dapat tolong korang biaya segala benda untuk sambung belajar nanti.. Ni just wang pendahuluan je.. Tapi, still kena bayar jugaklah.. Aku ada tanya senior berapa ringgit duit WPP ni... Dia cakap, dapat RM1500.. Okey ape, 1500 kan? HE HE...

Macam mana nak tuntut duit ni ? Hurm, senior aku dia dapat by post.. Posmen pos ke rumah dia.. Tapi, ada sesetengah yang dapat melalui Majlis yang jemput diaorang datang.. Macam mane pihak mereka jemput korang ? Kawan aku dia dapat SMS.. HU HU.. aku tak dapat pun SMS tu, maybe dia pos ke rumah aku kot.. :) wee~ Okeylah, babai semua  :D

Thanks for dropping by :)

Thursday, August 2, 2012

Entri 13 Ramadhan 1433

Assalamualaikum :)


Hai hai.. dah lame tak update blog ni.. ngahaha XD So, macammane puasa ? dapat puasa penuh tak setakat ni ?? Yang lelaki lah.. HE HE HE.. Hurmm, kali ni, tak tau nak cerita ape sangat... :) Tapi ada satu cerita yang akan aku kongsikan.. :)


Semalam, aku pergi buat medical check-up kat Klinik kerajaan lah... HE HE.. agak ramailah time tuh, semua macam aku jugak, buat check-up untuk masuk Uni bulan 9 ni.. adalah jugak terjumpa dengan ex-KMJ.. At first, all went well... THEN, sampai kat tempat x-ray, akak yang jage kaunter tu, muka dia ~~ Alahaiii.. tak gemar eden tengok.. Layan aku macam nak tak nak je... tau lah, aku ni nampak muka selenga je.. Layan aku ngan member aku acuh tak acuh je.. rase nak sembelih je akak tu.. Dia suruh aku x-ray esoknya, which mean hari ni lah~ aku cakap dengan sopannya, walaupun luaran aku nampak kurang sopan -.-

"kak, kalau saya nak x-ray hari yang same dengan appoinment doktor boleh?"


"28/8? haiihh, awak yg nak lambat sangat kan? saya tak kesah~ pukul 3 eh"


"kak, kalau nak sebelum pukul 2.30 ptg boleh? sebab masalahnya, appoinment dengan doktor tu, pukul 2.30"


"alah, dik.. awak ingat kalau pukul 2.30 tu, 2.30 lah doktor tu jumpa awak?"

aku diam je lah.. Nasib bulan puasa, dugaan... Ikut nafsu nak je bagi jelingan maut 360 degree~ =.=" haiihh.. Ni baru dengar cara cakap dia, belum tengok muka dia lagi.. Taulah cantik... MANNERS SHOWS YOUR ATTITUDE~ betul tak? Setahu aku, mereka yang bekerja dekat klinik ni mengamalkan prinsip senyum.. Banyak kali dah aku pergi klinik ni.. Aku rasa kat mane2 pun kena senyum gak.. Senyumkan satu sedekah.. Takpe lah, janji dia bahagia kerja kat klinik tu.. :) Ngahaha ~



Ni pun, untuk peringatan kita bersama.. Senyumlah kepada semua.. tapi jangan melebih pulak, kang orang kata korang gila :) Okeylah, babai~~


Thanks for dropping by :)

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.