Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Tuesday, July 24, 2012

Biasiswa dan Pinjaman untuk pelajar


Memandangkan ramai kawan aku yang tanya macam macam pasal ni, so, aku cerita lah sikit sikit yang aku dah mohon je lah.. HE HE


1- Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)


Yang ni aku dapat dari Blogger Jal. Klik kat sini untuk download atau cetak borangnya.
Skim ni alternatif lain selain PTPTN. Ha, lagi satu, pemohon kena buat surat permohonan secara individu untuk ketua pegawai eksekutif YPM. Ni wajib buat tau. Pastu, kena sertakan IC dan surat beranak korang macam biasa lah kan, IC parent, surat tawaran Uni korang, slip gaji korang (kalau dah bekerja) dan Slip gaji parent.. Semua dokumen potostet ni wajib disahkan dulu tau, tak kiralah ADUN ke, ketua kampung ke.. Dia ada tulis kat situ sape je yang boleh sahkan :D



2- Perbadanan Islam Johor (PIJ)




Yang ni pulak KHAS untuk anak JATI JOHOR.. HE HE ♫ Klik kat sini untuk pergi laman web dia. http://www.pij.gov.my/borg_IPTA.pdf • Yang ni kira macam biasiswa lah..Yang ni pun sama macam SDEP, kena print yer • Ape yang dia nak sama macam SDEP gak, tapi dia ade mintak lagi satu iaitu : LAIN LAIN DOKUMEN (YANG BERKAITAN).. Mungkin korang lebih arif, dokumen ape yang dia nak lagi kan ? ;) segala dokumen yang potostet tu, kena disahkan oleh WAKIL RAKYAT sahaja.


3- Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor 




Ni pun untuk orang Johor. Maaf yer, sebab banyak Johor je.. I'm Johorian XD Ni pulak Pinjaman Boleh Ubah YPJ. Sedikit overview, yang ni kena mohon secara online tau.. Sila klik di SINI untuk pergi ke laman web YPJ. Dalam laman web tu, skrol ke bawah sampai nampak perkataan " Pemberitahuan -Permohonan Pinjaman Boleh Ubah "




Klik setiap link tu kalau nak baca je, atau nak print.. :D Tapi aku print je. Ahaha XD senang sikit. plus nak habiskan kertas -.-' dekat link last sekali dia tunjuk cara cara nak mohon online.. ikut je step dia, walaupun panjang berjela jela.. Nanti dah abes isi semua borang online tu, dia suruh print slip pengesahan. Slip tu jaga elok elok.. Next, pegi potostet IC n surat beranak korang ,IC parent, Slip gaji parent, Surat tawaran, sijil berhenti sekolah, sijil sijil kegemilangan time sekolah dulu*ayat terlebih hiperbola* , sijil SPM, Salinan keputusan exam IPT (sedia ada) dan lain lain dokumen berkaitan. Macam biasa, dokumen yang dipotostet ni, kena lah disahkan oleh PEGAWAI GRED A atau setaraf dengannya :D


4- Yayasan Bank Rakyat



Nak mohon ni, sila klik di SINI • Kemudian, ikut gambar kat bawah ni




Lepas dah klik tu, isi semua yang dia nak tau. Nanti pihak Bank Rakyat akan emel korang, kalau takde kat inbox, tengok kat spam. Nanti dia ada bagi ID pengguna dan kata laluan.. Ni rahsia masing masing.. hewhew >.< Dah log in tak? Nanti korang nampak macam gambar kat bawah ni, korang klik kat "permohonan E-borang". 




Nanti dia keluar pop-up window.. ikut je syarat syarat dan arahan dia, okeyy ;D Nanti, sebelum nak klik ke "seterusnya" tu, baca dulu arahannya.. HE HE ♫ Advantage YBR ni, dia boleh dimohon untuk 2 kategori, satu untuk biasiswa, satu lagi pinjaman. Biasiswa hanya untuk 3.5 keatas. Mari mohon ramai ramai :) huhu..


Okeylah, setakat ni, tu je yang aku mohon.. PTPTN tak mohon lagi, sebab PTPTN bukak sebulan sebelum hari pendaftaran Uni.. ♪ Kalau tak berape nak jelas, sila tanya tanya kat shoutbox ke, kat komen ke... Up to you ☺ Okeylah, babai XD



Thanks for dropping by :)

8 comments :

  1. cemana nak buat permohonan individu untuk ketua pegawai eksekutif YPM tu tak paham ah. hehe

    ReplyDelete
  2. @lala lala, surat individu tu mcm surat permohonan rasmi.. lala kena nyatakan sebab kenapa nak mohon yayasan ni :)

    ReplyDelete
  3. sdep ni mmg takde tarikh tutup ke?
    takde syarat kene keje dgn dorg pas abes blaja ke?

    ReplyDelete
  4. @lalarasanya takde,, urm.. nak maklumat lanjut, lawat blog ni http://sayagilerpurple.blogspot.com/2012/07/skim-dana-ehsan-pendidikan-sdep.html

    ape yg org tau, dia tak letak tarikh tutup selagi dana dia ada untuk tmpung pelajar... maaf sbb tak byk info.. try visit link blog yg org bg tu, n bace komen2 dia :) sorry ye lala

    ReplyDelete
  5. ohh okay thank you, sorry banyak tanya siket hehe

    ReplyDelete

Share anything, accept everything.
Spill your thoughts here ☺☺☺

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.