Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Friday, July 27, 2012

Siapa Pegawai Kerajaan Gred A?


Disebabkan aku tak tau siapa tu Pegawai Kerajaan Gred A dan ramai di antara kawan aku yang tanya siapa pegawai kerajaan gred A, so, aku cerita je lah kat sini :) Senang sikit,, boleh bebel panjang panjang :D


PEGAWAI.. contohnya :-
1- Pegawai Daerah
2-Pegawai Sains
3-Pegawai Tadbir dan Diplomatik


BEKERJA DI SEKTOR KERAJAAN.. contohnya :-
1- Akauntan
2-Doktor
3-Engineer
4-Polis and askar (assistant tak boleh)

KETUA DALAM SEKOLAH/DEPARTMENT.. contohnya :-
1- Pengetua
2- Guru Besar
3- Ketua Jabatan
4- Pengarah

takpun :-

GRED BELIAU HENDAKLAH ATAS 41 ATAU LEBIH


A) Universiti:
Lecturer (DS45 and above)
Pegawai Teknologi Maklumat (F41)

B) Sekolah Menengah:
Pengetua (DG 48)
Penolong kanan pentadbiran dan akademik (DG44)
Penolong kanan hal ehwal murid (DG44)
Penolong kanan kokurikulum (DG41)
Ketua Bidang (DG 44)

C) Sekolah Rendah:

Guru Besar (DGA 31)
Guru Penolong Kanan (DGA 29)


Tujuan aku cari siapa Pegawai Gred A ni, sebab nak mintak pengesahan benda benda yang aku potostet untuk pinjaman yang aku ada mohon arituh XD

Credit to : Quansheng Forum



Thanks for dropping by :)

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum


Korang masih ingat sajak ni tak ? belajar masa form 4 tak silap XD
Credit to : http://9gag.com/




credit to : 4kiki.com











Really like the last picture :) hey hooo~ babai ♫♪♫♪♫♪♫♪

Thanks for dropping by :)

Tuesday, July 24, 2012

Biasiswa dan Pinjaman untuk pelajar


Memandangkan ramai kawan aku yang tanya macam macam pasal ni, so, aku cerita lah sikit sikit yang aku dah mohon je lah.. HE HE


1- Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)


Yang ni aku dapat dari Blogger Jal. Klik kat sini untuk download atau cetak borangnya.
Skim ni alternatif lain selain PTPTN. Ha, lagi satu, pemohon kena buat surat permohonan secara individu untuk ketua pegawai eksekutif YPM. Ni wajib buat tau. Pastu, kena sertakan IC dan surat beranak korang macam biasa lah kan, IC parent, surat tawaran Uni korang, slip gaji korang (kalau dah bekerja) dan Slip gaji parent.. Semua dokumen potostet ni wajib disahkan dulu tau, tak kiralah ADUN ke, ketua kampung ke.. Dia ada tulis kat situ sape je yang boleh sahkan :D



2- Perbadanan Islam Johor (PIJ)




Yang ni pulak KHAS untuk anak JATI JOHOR.. HE HE ♫ Klik kat sini untuk pergi laman web dia. http://www.pij.gov.my/borg_IPTA.pdf • Yang ni kira macam biasiswa lah..Yang ni pun sama macam SDEP, kena print yer • Ape yang dia nak sama macam SDEP gak, tapi dia ade mintak lagi satu iaitu : LAIN LAIN DOKUMEN (YANG BERKAITAN).. Mungkin korang lebih arif, dokumen ape yang dia nak lagi kan ? ;) segala dokumen yang potostet tu, kena disahkan oleh WAKIL RAKYAT sahaja.


3- Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor 




Ni pun untuk orang Johor. Maaf yer, sebab banyak Johor je.. I'm Johorian XD Ni pulak Pinjaman Boleh Ubah YPJ. Sedikit overview, yang ni kena mohon secara online tau.. Sila klik di SINI untuk pergi ke laman web YPJ. Dalam laman web tu, skrol ke bawah sampai nampak perkataan " Pemberitahuan -Permohonan Pinjaman Boleh Ubah "




Klik setiap link tu kalau nak baca je, atau nak print.. :D Tapi aku print je. Ahaha XD senang sikit. plus nak habiskan kertas -.-' dekat link last sekali dia tunjuk cara cara nak mohon online.. ikut je step dia, walaupun panjang berjela jela.. Nanti dah abes isi semua borang online tu, dia suruh print slip pengesahan. Slip tu jaga elok elok.. Next, pegi potostet IC n surat beranak korang ,IC parent, Slip gaji parent, Surat tawaran, sijil berhenti sekolah, sijil sijil kegemilangan time sekolah dulu*ayat terlebih hiperbola* , sijil SPM, Salinan keputusan exam IPT (sedia ada) dan lain lain dokumen berkaitan. Macam biasa, dokumen yang dipotostet ni, kena lah disahkan oleh PEGAWAI GRED A atau setaraf dengannya :D


4- Yayasan Bank Rakyat



Nak mohon ni, sila klik di SINI • Kemudian, ikut gambar kat bawah ni




Lepas dah klik tu, isi semua yang dia nak tau. Nanti pihak Bank Rakyat akan emel korang, kalau takde kat inbox, tengok kat spam. Nanti dia ada bagi ID pengguna dan kata laluan.. Ni rahsia masing masing.. hewhew >.< Dah log in tak? Nanti korang nampak macam gambar kat bawah ni, korang klik kat "permohonan E-borang". 




Nanti dia keluar pop-up window.. ikut je syarat syarat dan arahan dia, okeyy ;D Nanti, sebelum nak klik ke "seterusnya" tu, baca dulu arahannya.. HE HE ♫ Advantage YBR ni, dia boleh dimohon untuk 2 kategori, satu untuk biasiswa, satu lagi pinjaman. Biasiswa hanya untuk 3.5 keatas. Mari mohon ramai ramai :) huhu..


Okeylah, setakat ni, tu je yang aku mohon.. PTPTN tak mohon lagi, sebab PTPTN bukak sebulan sebelum hari pendaftaran Uni.. ♪ Kalau tak berape nak jelas, sila tanya tanya kat shoutbox ke, kat komen ke... Up to you ☺ Okeylah, babai XD



Thanks for dropping by :)

Monday, July 23, 2012

Freebies : Floral Header

Assalamualaikum


Nak amek header ni? amek lah :) It's free to use ♫ Saiz header ni 760pixels tau..
Nak amek, right click save image as.. okeyy XD

















Thanks for dropping by :)

Thursday, July 19, 2012

Selangkah ke Bulan Ramadhan ♥

Assalamualaikum semua..

Haa, hari ni dah 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433... Hurmm, Lagi satu hari je tinggal untuk masuk bulan Ramadhan.. Korang dah ready ? dari segi mental dan fizikal? HE HE HE ♫ InsyaAllah dah... hewhewhew.. Bulan puasa ni sangat menguntungkan... Nak tau apa keuntungannya ? Nanti dah puasa, korang rasa lah keuntungan tu sendiri :D Caye lah cakap aku :)

HE HE,, apa je persiapan korang untuk puasa ni? Dah lama aku tak puasa full kat rumah.. sebab dari aku form 1, aku dok asrama... So, banyaknya aku puasa kat asrama dan Kolej lah.. HE HE ••• Kali ni, aku puasa full kat rumah.. So, rasa teruja gila T^T sobs sobs...

So, ape ape pun, semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa , InsyaAllah kita dipanjangkan umur :D Nasihat aku, JANGAN PONTENG PUASA yeee~ ;D Bila kita ikhlas berpuasa sambil beristiqamah, Allah bagi pahala tau ♥ Okaylah itu saja.. babai... hah ! lagi satu, bila nak beli makanan untuk buka tu, jangan jadi rakus nak makan macam macam... nanti beli banyak banyak, pastu kenyang.. saki baki makanan yang lain, buang =.=' Jangan jangan jangan... Tak baik membazir :)



Thanks for dropping by :)

Wednesday, July 18, 2012

Tutorial embedded comment (reply the comment)

Assalamualaikum


HE HE ♫ Hari ni nak aku nak ajar balas komen kat situ jugak, tak payah guna button apa ke bagai.. Paham tak ni ? takpe, takpe meh aku tunjukkan gambar ye :D


Hah, jadi macam gambar tuh XD


Okey, jom start... HE HE HE ☺

1- Pergi ke setting dulu.




2- Pastu klik ke Comment




3- Kemudian, tick dekat "Embed below post"



4- Pastu, klik Save... Tadaaa~ siap dah :)


Sebenarnya, aku pun baru jumpa tutorial ni.. HA HA ♫ So, agak jakun sikit lah :) ngehehe~ okeylah, babai


Thanks for dropping by :)

Tuesday, July 17, 2012

Segmen promote blog by Jal

Assalamualaikum




Kali ni, aku try join segmen ni.. Segmen yang paling simple sesangat XD I like ~ HE HE HE ♫ Jom lah ramai ramai join segmen ni.. tak banyak pon syarat dia... Teruja gila :D haha ! lagi satu, tarikh tutup dia sama dengan birthday adik kesayangan aku ♥ Sama jugak dengan 6 bulan cik Jal ni berblogging :)

Thanks for dropping by :)

Friday, July 13, 2012

Alhamdulillah.. Dapat jugak tempat kat universiti :)

Assalamualaikum


bila jari jemari dah sejuk, menggigil haa, mula lah nak update entri.. hekhek... Entri kali ni ada kaitan dengan UPU lagi.. akhirnya, lepas kawan aku bagi link alternatif untuk cek universiti mane, mulalah, tangan menggedik nak cek.. dalam hati risau tahap maksima... lagipun, nak tunggu UPU pukul 12 tengahari nanti.. PENANTIAN SATU PENYEKSAAN... hehe :D nak tau link dia ? meh meh, aku bagi yer :)

http://intake.utm.my/semakan/?menu=stpm

nak tau aku dapat ape? hehe.. Jeng jeng jeng XD

klik untuk membesar

Haaa, akhirnya.. Alhamdulillah dapat tempat kat universiti.. Sekarang ni memang susah nak dapat tempat kat universiti.. Saingan semua hebat-hebat belaka... Alhamdulillah, dapat jugak kan? Kalau target terlepas, tapi dapat universiti lain, kenalah bersyukur gak :) Kepada adik adik yang bakal mengalami perkara ini, study rajin rajin, dapat 4 flat, semua universiti rebut korang.. ahahaha XD

kalau dulu belajar kat Kolej Matrikulasi Johor, yang dekat hampir sekangkang gajah, abah aku yang amek aku bila minggu balik.. kali ni, survive sendiri.. amek kau ~ hehe.. naik bas sendiri.. tak pe, tak pe.. buat pengalaman terindah.. tralalala~


okeylah, mekaseh daun keladi.. nanti jumpa lagi...
Psstt : korang dapat mane? yg mengalami nasib mcm aku ni :)

Thanks for dropping by :)

Wednesday, July 11, 2012

Pen Merah, Pen Biru~

Assalamualaikum




Hai hai ! Entri kedua untuk hari ni :) HE HE ♫ Nak tau pasal ape? Haa, jom jom ! Tadi, pukul 1.30 petang adik aku balik sekolah.. Hurm, macam biasalah, balik je diaorang terus siap untuk pergi sekolah agama pulak.. tengah-tengah dalam proses nak siap tu, diaorang nyanyi satu lagu...

Pen merah, pen biru,
you marah I love you..
Pen merah pen kuning,
You marah I pening.

HA HA... pastu diaorang nyanyi lah sampai kat meja makan, siap tukar tukar kaler pen tuh lagi =.=' The main point aku nak cakap ni, korang pun mesti sambil baca lirik pen merah biru tu sambil nyanyi kan? korang bukan baca, tapi nyanyi kan kan kan ? AHA HA HA ☻ Mase kecik kecik setahun jagung dulu pun pernah jugak aku nyanyi lagu ni, siap main teka teka lagi dengan kawan, kalau kuning jadi ape, hijau jadi ape... HE HE HE XD Rindu pulak zaman sekolah rendah, jadi budak ala ala comel gitu~ ehehe :P


Biarlah zaman persekolahan rendah itu menjadi kenangan manis... Tapi sekarang, kita kena move forward.. So, let's everybody move forward ! Gambateh XD

okeylah, terima kasih daun keladi, rajin singgahlah lagi ♥

Thanks for dropping by :)

Wordless Wednesday :D

Assalamualaikum


Disebabkan tajuk entri Wordless Wednesday, aku memang tak tau nak update apa, sebab aku nak cerita dalam gambar je.. Bak kata Yuna, dalam setiap gambar ada lagunya... HE HE HE XD Gambar-gambar kat bawah ni, diambil sewaktu aku belajar kat Kolej Matrikulasi Johor.. Banyak aku shoot dari bilik aku sendiri.. Almaklumlah, bilik tingkat 3... Tinggi pulak tuh.. Jenuh naik tangga =.=" Sampai atas tercungap cungap macam ikan tak cukup air.. HA HA HA.. *nampak tak hiperbola disitu?*





Tangkak Highland di hening pagi XD






senja di KMJ






waktu pukul 7 pagi rasenye ><



softboard aku memang serabut XD
















for my best math lecturer : Miss Chan


view from my room :)







Gunung Ledang rasanya >.< hehe


view from : dari ceruk tangga blok..

Banyak jugaklah pemandangan yang cantik kat KMJ ni.. HE HE.. promote KMJ kejap... Rindu pulak nak tengok guna mata sendiri... haisshh T^T...


Okeylah, enjoy tengok yer.. HE HE.. aku bukan hebat mane pun bab-bab menge'shoot' nih.. Just amatur je, ambil gambar sekadar untuk dibuat kenangan... kuikuikui...

Picture taken by myself using Canon EOS 1000D belongs to abahku ♥ Mostly being set as Landscape mode, portrait mode and close-up mode ♫
Okeylah. Terima kasih daun keladi...Bila-bila datang lagi... ♫




Thanks for dropping by :)

Monday, July 9, 2012

Ini kisah result UPU... lagi (~•__•)~

Assalamualaikum


Salam hari senin.. EHE HE HE, walaupun dah tengahari, kan? Dari 1 Julai hari tuh, aku dok pikir pasal ni.. risau tahap maksima weh.. O_o Minggu ni result UPU keluar, tapi tarikh tak berape sure... Tak caye, meh aku bagi print screen ni...


klik jika kurang jelas

Hurmm,, memang debar habes~ bukan setakat aku je, budak matrik 1 Malaysia, budak STPM, diploma, haiih, senang kata yang senasib dengan aku lah.. Takut, risau, semua ada, tapi dalam masa yang sama, penantian result UPU ni, seperti sebuah penyeksaan =.=" Betul tak? Ada yang kate 13 Julai ni.. Hurmm.. Makcik pun tak tau lah nak.. kena tunggu je ~~ Same-same lah kita berdoa agar kita ditempatkan di Universiti, InsyaAllah ♥

Untuk kemudahan kita semua, aku letak link UPU di sini ► http://upu.mohe.gov.my/ ◄

Babai, assalamualaikum ♫


Thanks for dropping by :)

Istimewanya tangan kiri atau kidal :)

Assalamualaikum..


HE HE, siapa tengok MHI pagi tadi? angkat kening ! HU HU HU ♫ kalau tak tengok, meh aku ceritakan pasal ape ye • • • Tadi MHI bincang pasal tangan kidal.. tu yang menarik jiwa raga aku, untuk terus tengok.. uhuhu ~

Sedikit kisah pasal aku, I was born as a left-handed girl (mak cakap).. Used to be.. tapi sekarang aku menulis tangan kanan.. Ade sedikit kisah menyayat hati time kecik-kecik dulu.. T^T mase kecik aku memang tulis tangan kiri, semua aku buat guna tangan kiri... percaye tak? ehehe >.< masuk je tadika, mak aku suruh cikgu tadika tu ajar aku tulis guna tangan kanan... pergh, what do you feel when you being force to do something that you don't use to it? mesti lah, tak suka kan...memang sakit tangan bila cikgu tu bagi "tuisyen khas"  kat aku... bila dia tak nampak, aku tulis guna tangan kiri.. takpun, suruh kawan aku buatkan kerja sekolah tu.. haha~ *kecik kecik dah pandai buli orang,kan?*



tapi disebabkan cikgu tu lah, aku sampai sekarang tulis guna tangan kanan ♥ terima kasih cikgu... tapi aku buat kerja lain still tangan kiri :P kalau nak menggaris, aku guna tangan kiri.. macam leceh jugaklah, tapi aku memang tak boleh nak garis guna tangan kanan.. menggigil-gigil garisan yang sepatutnya lurus tuh =P masak pape, tangan kiri, senang kata kiri lah semuanya, kecuali makan minum tulis lah.. UHU HU HU ♪ setiap kali orang yang baru kenal aku, diaorang mesti tanya, "ko kidal eh? apsal garis tangan kiri?" haha~ dari dulu lagi.. pasni, kalau sesape tanya gitu lagi, aku link entri ni je... HA HA HA ♥


okay-okay... tangan kiri ni, adalah right brain user... yang kebanyakannya berkebolehan dalam seni, muzik gitu... Nah, try tengok gambar ni and cuba fahamkan.. :D






faham dah? so, sangat special lah kepada orang yang boleh guna dua2 tangankan? Do you think I should consider as left-handed person too? hurmm~ aku sendiri tak tau..

Thanks for dropping by :)

Thursday, July 5, 2012

Kenapa rezeki boleh jadi Mahal?

Assalamualaikum

Salam Nisfu Syaaban :D




Tau tak apa yang menyebabkan Rezeki seseorang tu menjadi mahal? Ape yang aku belajar dari sekolah dulu, tidur pada waktu pagi, selepas dah bangun Solat Subuh tu... Haa, paham? tak paham? Camni lah, pagi-pagi selepas Solat Subuh je, kenalah bangun terus, jangan tidur balik... Tu yang rezeki jadi mahal.. Mesti korang tanyakan, "Eh, apsal pulak?"

Haaa, kata ustazah aku, waktu pagi lah Malaikat Mikail turun memberi rezeki.. Oleh itu, janganlah tidur balik, sebaiknya pergilah buat sesuatu,, bagi yang bekerja, pergi kerja... yang tak kerja? hehe, kerjakan rumah tu sampai berkilat ☺Kiranya kalau tidur tu, macam korang taknak rezeki tu... Tu yang jadi mahal tuh...

Rupanya, ada lagi perkara-perkara yang membuatkan rezeki seseorang tuh mahal... Nak tau? Silalah baca ☺

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri..
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38.. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.



Credit to : lamankongsi

Thanks for dropping by :)

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.