Blogger is now active, but still it's hard for the blogger to make time to publish some post. Btw, Thanks for dropping by

Members ♪

Monday, December 24, 2012

24122012



Bersua kembali.. *eceh, macam dalam tv plak* HE HE HE :P Sambil kesejukan ala-ala musim salji di London, aku gagahkan diri untuk meng'update' blog ni.. HE HE HE :D Sambil-sambil dok update entri ni, aku tengok cerita Barbie sekali... HU HU HU... Best woa...


Okeylah, serius memang kesejukan kat UMT nih.. Musim hujan tak berhenti-henti.... Sampai banjir dah UMT ni XD.. Serius part ni tak tipu.. Jiran bilik sebelah cakap air dah paras lutut. Tapi ada jugak certain tempat air dah naik paras pinggang. Hujan ni dari semalam tak berhenti, tapi pagi tadi, dia macam reda sikit lah.. Dalam pukul 1 petang lebih tu, dia lebat balik... Time-time ni lah ramai student nak main hujanlah, nak main air banjir semua.. HA HA HA... :P Aku pun tak lari dari memasang niat nak main hujan yang lebat nih :P Sebelum ni kat Muar, jarang banjir sangat, kalau banjir pun paras buku lali je.. HA HA HA.. Tu yang aku agak jakun sikit bila dapat tahu ada sesetengah tempat kat UMT ni banjir XD


sumber : faiz Mas aji


Tengok hah gambar tu.. Ni aku dapat dari facebook member.. Banjir woi.. Lebat gila hujan kat sini.. HE HE HE.. bak kata roomate aku, boleh buat UMT waterpark... HA HA HA....

Ehem ehemm.. Sebenarnya ada benda yang aku nak cakap ni... *segan pulak* Tengok la tajuk entri tu.. Sila-sila lah tengok.. Tu tarikh kan? HE HE HE... Alhamdulillah hari genap 19 tahun aku hidup di Bumi milik Allah SWT ni :) Dan terima kasih daun keladi jugak kepada yang dok wish aku dalam Facebook, Twitter phone semua :P Rasa terharu sangat-sangat.. :) *rasa macam buat ucapan penghargaan pulak XD* Malam ni aku nak telepon abah pulak... Ngengg~~ Mekaseh jugak pada level mate aku yang wish dan nyanyikan untuk aku semalam... Huwaaa, serius rasa malu-malu kucing parsi... Ngengg >.< And Thanks a lot to my best buddy!!! He's the first person who wishing me last night :3


Hurm, tapi aku tak bolehlah berseronok sangat.. HA HA HA... Final exam dah nak dekat dah ni.. Sumpah cuak, bila teringat... Tapi apa yang aku buat, tengok movie tak sudah-sudah... Teruk kau nyah~~ Okeylah, kepada semua yang sudi membaca entri ini, wish me luck for this final exam :) And all the best to you too... Okeylah, babai... see ya~








Thanks for dropping by :)

Sunday, December 16, 2012

Keenakan Mee Siput :D


Hee, how's your day guys? Kalau Terengganu  ada keropok lekor, Pulau Pinang ada Pasemboq, kat Johor pun ada.. Yang famous Mee Bandung Muar.. HA HA HA.. Tapi ada satu jenis makanan yang tak berapa nak famous, tapi boleh jumpa kat Johor je.. Pernah dengar mee siput? Pernah makan mee siput tak? Hooo~ Tau tak mee siput tu apa?


credit to : Google


TARAAA~~ Ni lah mee siput.. So, pernah tengok tak? Urm, maybe ada sesetengah tempat ada jugak makanan ni, tapi nama dia lain ke, kan? Kalau ada, please share it with me, glad to know what other places call this food :D Sangat sedap weh, bagi aku :) Ada kisah sebenarnya disebalik cerita mee siput ni..


Masa dekat matrik dulu, adalah pakcik jual jambu sekitar dewan tuh.. Memang selalu lepak situ, pastu beli jambu yang pakcik tu jual :D  Satu hari ni, pakcik ni ada la jual mee siput,aku dengan penuh terujanya belilah satu, and ajak jugak member-member yang lain beli mee siput ni :D HA HA HA.. So, dari situlah aku dapat tahu, yang diaorang semua tak tahu mee siput tu apa.. Mula-mula tu aku terkejut gak, sampai ada member tanya, "Bakpe panggil mee siput? buat dari siput ke? ". Aku gelaklah jugak, dengar statement member aku tu :D HE HE HE... So, terpaksalah aku explain satu-satu kat diaorang.. :D Aku suruh diaorang try, yup diaorang cakap memang sedap.. Crunchy-crunchy gitu~~ Rupa-rupanya mee siput ni terkenal kat Johor je.. Takpun, terkenal kat MUAR je kot.. HA HA HA *sbb ada tanya member dari JB ngan Kluang, diaorang pun tak tahu*


So, bila datang Terengganu ni, aku tanyalah kawan-kawan yang datang dari pelbagai negeri, memang diaorang tak tahu mee siput tu ape... And that's how I start to tell the story of  "MEE SIPUT"... he he he he he he he XD Okeylah, setakat ni sahaja :D Do leave your comment and let me know what other places call mee siput is... ;) Adios amigos~~~

Thanks for dropping by :)

Sunday, December 9, 2012

My buddy and Me :D



I still remember the day I met him..  My best buddy.. It was a gloomy day... Yet, I was frustrated with the people and all the environment around me.. That evening, I had Chemistry tutorial class.. It was my not-so-well subject.. Man, it's hard for me to get along with this subject. At first, my buddy and I never talk to each other.. Everybody look so arrogant, so do I... :D But that evening, he did something that I would never expect he would do that to me. He's hitting me with his big heavy bag, and it really do hurt me. After that, I chased him  with all my effort. It was an involuntary action to chase him. With my Kurung, I chased him around the lecture hall. I was upset. I told him, " Why do you hit me with your bag? It's hurting me!!"


"Hahaha.. Serves you right!!!", he laughed at me while I'm trying to gasp some air.



Then, all my classmates come to us, laughed at me, because seeing me running with my Kurung. They teased me, but my buddy keep laughing. " Stop it!! Did I've done something wrong at you? Why do you hit me with your big bag???", I shouted at him.



"Hahahaha.. Just for fun~~ Relax", he told me. I was upset that day and it's hard to smile like I used to be. If you guys see my moody face, you'll feel scared to talk to me :D Then he walked with me.



" Dude, I'm sorry.. I just want to talk with you", he said.


"Why did you do that? Is it difficult to say 'Hi', 'Hello', rather than hitting me with your bag? I'll kill you someday", I said to him with full of anger. But my classmates including my buddy too, keep laughing because they can't forget my style while I'm chasing him with my purple Kurung.




*to be continued*

Thanks for dropping by :)

Friday, December 7, 2012

.....nothing to say....

to YOU :


 1) All you need to do is enter the






Thanks for dropping by :)

Final Sem.. Ohoiii~



Lama dah tak update entri... Haishh.. Ape nak jadi lah dengan aku ni kan.... Hurmmm~~ Almaklumlah, busy kononnya mengalah kat perdana menteri *puihhhh*.. Tapi, ni memang tak tipu, aku rasa memang busy bila dok kat universiti nih... =____=" So, berkenaan tajuk kat atas tuh... GULPP.. Telan air liur banyak2 sampai kenyang.. HA HA HA :P


Aku rasa baru berapa bulan dok kat universiti ni.. Rasa macam baru je lepas orientasi semua.. HA HA HA.. Tapi tup tup.. Dah nak final sem... Jadual exam pun dah keluar... Jantungku berdegup kencang, dan hampir tercabut dari posisinya.. muahahahaha.. *propa lebih*... Bulan Januari ni dah exam.. phewww.. cepat gila rasenye... Pastu cuti sebulan... HA HA HA.. Jadual exam pun aku still tak ingat lagi.. Tapi,, apa yang aku ingat, first day exam, PROGRAMMING 1... HE HE HE =____="




Tekan kasi besaq sikit

Haa, ni lah jadual final exam aku :O Tak banyak gap sangat.. Mau botak kepala aku kena pulun habis untuk final ni.... HA HA HA =___=" Final oi, final.... HA HA HA.... Tapi dah nak habis semester satu ni la, pensyarah banyak bagi assignment.. Semalam je dah tidur lewat sebab nak siapkan assignment *siapa suruh tangguh,, haaa, amek kau*.... Ingat malam ni nak buat assignment lagi satu pulak.. HA HA HA HA.. Tapi esok, ada program 1 Citizen. Aku pun tak tahu macam mana boleh tergerak hati nak pergi.. HA HA HA..


Oh yeah, ada satu lagi cerita... Minggu lepas adalah Hari konvokesyen kat universiti aku :) Kinda best, looking at all the graduated seniors... Aku pulak join jadi urusetia MPP :) Mula-mula tu ada la aku buat hal.. Pastu malu-malu sebab buat hal... HA HA HA.. Then, bila dah ngam, rasa bahagia je bila dengan diaorang... Sangat friendly dan gila-gila... HA HA HA.. Aku pulak malu-malu kucing parsi.. *oppss* Time pesta konvo, tu, ada gak tolong dua orang akak niaga kat situ :D Kira aku baru kenal mereka kat situ lah, ada senior aku yang berniaga dengan dua orang kakak tu, pastu, senior aku pulak mintak tolong jagakan kedai tu :D Alhamdulillah rezeki aku dan roomate ku, dapatlah bawak balik sehelai tudung sorang *yeaaaa* Mekaseh kak shikin adn kak siti XD....Tapi memang penat sepanjang minggu tu.. Sebab aku ada masuk explorace untuk kelab kembara jugak.. Memang aku suka cari masalah sendiri... ....nyaaaannn~~~

Di sini, aku tolong promotekan jualan yang kitaorang buat time pesta konvo tu.. HE HE HE... Klik SINI untuk ke Facebook Ckin's Artwork... Kami menjual tudung, jubah dan t-shirt khat kufi :D *bolehkan gunakan kata ganti ketiga "kami"?*




Entri ni macam merangkumi dari minggu lepas lepas pulak aku rasa... Nak kata busy, tak sangat... Tapi dah nak akhir semester ni la, banyak pulak assignment dok beratur dan tunggu untuk disiapkan... Ngeh ngeh ngehehehe~~ Minggu ni pulak, macam masalah melanda.. Bak kata roomate aku, ade angin ombak rindu dalam badan... Tu yang macam orang putus nyawa tuh.. HA HA HA =___=" Masalah pang pum pang pum datang... Stress aku... HA HA HA... Okeylah, setakat ini je dulu... Till we meet again.. Sayonara.. Au revoir... Bye bye.... Selamat tinggal. HO HO HO :O




Thanks for dropping by :)

Thursday, November 8, 2012

Kesabaran ada batasannya

Assalamualaikum



Apa khabar orang kampung ? HE HE HE... Alhamdulillah kerana kita masih lagi bernyawa sampai sekarang. :) Tadi baru lepas tengok movie Salam Cinta... Best woa !!! Sangat sedih, dan menyayat hati.. Sobsobsob :'( Korang try lah tengok... Sangat best :P Tak rugi kalau tengok.. Lakonan Kamal Adli dengan Diana Amir...



Okeylah, aku nak sambung dengan tajuk cerita kat atas tu... "Kesabaran ada batasnya".... Atau lebih tepat lagi , kesabaran seorang manusia mempunyai batasnya.. Manusia ni, taklah sempurna mana... Kita sering melakukan kesilapan dan kadangkala sering terlupa bahawa benda yang kita lakukan tu, ada baik dan buruknya... Aku tergerak nak cerita mengenai kesabaran ni, selepas mendengar cerita kawan aku yang dah hilang kesabarannya..


Macam ni ceritanya, kawan aku ni perempuan.. Ada sesetengah perempuan boleh tahan dan sabar dengan gurauan lelaki.. Tapi, ada jugak yang tak boleh tahan dan tak boleh sabar dengan gurauan kasar mereka.. Kalau aku, kadang-kadang tu boleh tahan, kadang-kadang tu tak... Cara cakap kawan aku yang laki ni, memang gila kasar kot dengan kawan aku.. Sampaikan kawan aku dah nak marah dia.. Mulut dan kata-kata melambangkan peribadi seseorang.. :) Nasib baik kawan aku amek tindakan rasional, dia pergi duduk tempat lain.. Hurmm.. Suppose, boys should not treat their girlfriends just like they treat their boyfriends.. Hurmmm~~~ Perasaan seorang lelaki dan perempuan memang lain sangat sangat..


Jadi, konklusinya, aku lari jauh sikit dari tajuk asal.. *siapa perasan?hehehe* Sabar itu perlu, tapi bila kesabaran seseorang tu dah sampai tahap maksima, memang hilang segala kesabarannya.... Lagi satu, jangan cakap kasar dengan perempuan.. Hati mereka lembut.. Sampai keluar segala perkataan yang tak sedap didengar, memang sangat terasalah perempuan tu.... hurmmm~~ ciao..








Thanks for dropping by :)

Monday, November 5, 2012

Apa rasanya bila dibenci ?

Assalamualaikum...

SO, how's your day ? Great ? Superb ? Okay ? Just normal ? Or does it turn out to disaster ? Well, yeah~ maybe for me, it turn out into major disaster.... =___="


Membenci dan menyukai seseorang atau sesuatu tu, merupakan lumrah hidup... kan ? Aku sendiri pernah suka kat seseorang itu dan membenci seseorang tu... Kalau korang mesti tak kisah ada orang suka korang kan ? Aku pun camtu gak~ hewhewhewhewhew :P Tapi, mesti korang akan lagi terasa bila ada diantara manusia yang wujud di muka bumi ini membenci kamu ? Hurmmm.. Memang sangat terasa la kan.. Mesti korang dok tertanya tanya, " nape dia benci aku? " , "apa aku dah buat kat dia ? " , " nape dia pandang aku camtu ? " ..... kan ?


Kali ni aku nak cerita sikit, pasal hal ni... Lumrah seorang hamba Allah yang digelar manusia, mempunyai pelbagai perasaan.. Dan salah satunya, BENCI...


"Aku tak suka dia, benci gila!!!!"

"Awat ? dia buat ape kat hang ? "

"Bajet seyh, berlagak gila.. tunjuk hebat konon!!"


Itu, antara sebab mereka benci sesama manusia... Mungkin si pembenci ni tak suka tengok orang yang dibencinya tu lebih sikit dari dia... Kadang- kadang aku pun pernah bersifat macam ni.. Nama pon manusia... Lemah dalam mengatasi perasaan sendiri... Ada yang benci disebabkan orang yang dia tak suka tu menghina atau mencaci dia secara kasar dan juga menyakitkan hati si pembenci.. Siapa suka kena caci, maki, disakitkan hati setiap hari kan ? Memang orang tak suka lah... Tapi aku sekarang dalam proses untuk tidak membenci orang.. :) Alhamdulillah, semua tu boleh digest sikit-sikit... Aku teringat pesan seorang kawan baik dari sekolah dulu, " Jangan tak suka (benci) kat orang... Kau benci kat orang, kau tak tahu berapa ramai lagi yang kat luar tu benci kau "... Statement ni aku sokong.. What goes around, come around.. Kita benci orang, orang benci kita balik... hurmmm~~~


*kalau korang berada dlm situasi ni ?*


Tapi ada jugak yang benci sebab dia tak suka kawan kepada mangsa pembenci tu.. Paham tak ? Meh aku tolong fahamkan lagi ?


Faham dah ? Good... Tapi perkara yang macam ni , aku jarang jumpa.. Tapi bila dah jumpa memang terkejut jap.. kesian si 'B' tu, tak pasal-pasal tak disukai orang hanya kerana si 'B' bersahabat dengan si 'C'...  Orang yang membenci tu, tak rasa bersalah ke atas sikap dia ni? *keep wondering* Ingat dulu pesan orang-orang tua.. "Jangan benci-benci, nanti sayang.." ...




So, I guess, this is just my opinion.. How about yours ? You may share it with me :) Leave your opinion either at my comment box, or chat box :) Thank you... Assalamualaikum 

Thanks for dropping by :)

Monday, October 29, 2012

Kembali lagi :D

Assalamualaikum


Lame dah rasanya aku tak berblogging.. Boleh tahan sebulan lah.. HA HA HA :)
Mintak maaf jugak pada yang sudi singgah blog aku ni, sebab tak update-update dengan entri baru..
Sorry sangat sangat ye...


Last update haritu, nak masuk UMT... Memang berkurunlah aku tak update blog ni :) So, amacam life korang kat Universiti ? *lambat sgt tanya, orang dah nak cuti sem dah* Aku kat UMT boleh tahan busy la.. haha.. Perasaan rindu nak mengupdate blog tu memang ada.. sangat3... HA HA HA :P


Ha, lagi satu.. Minggu ni student Matrikulasi PSPM kan ? Teringat time dulu masa kat matrik :) Rindu saat itu.. Adik aku dok tengah berjuang jawab soalan Sains Komputer sekarang ni..  HE HE.. Jawab elok elok... :) Okey lah, babai .. Aku kekeringan idea ni... :)




Thanks for dropping by :)

Thursday, August 30, 2012

The Importance for having an email.

Assalamualaikum



Kali ni aku nak share sikit pasal apa yang aku tulis besau besau kat tajuk atas tuh.. Aku tau korang semua mesti tahu punya emel tu apa kan kan kan ? Bohong tak tau.. -.-' Ramai yang mula buat emel sebab Myspace zaman dolu dolu tu.. HA HA.. Aku pun sama.. Niat ada emel, sebab tu je... Bila dah ada Friendster, Myspace, dan sekarang ni, masing masing dah ada Facebook dengan Twitter, gerenti penuh inbox email korang... Ye dak ?




Tapi bila dah nak masuk umur dalam lingkungan 17 tahun keatas, email tu memang penting gila.. Kenapa aku cakap penting ? Yela, nanti bila nak daftar apa contoh macam UPU ke apa, dia mesti minta emel korang punya.. Gerenti lah.. Dan sekarang ni dah maju, dia akan hantar apa apa update dekat emel korang tu.. Jadinya, aku sarankan buat lagi satu akaun emel, dan emel ni guna untuk benda penting macam UPU ke, PTPTN ke, permohonan biasiswa ke... Biar je emel first korang penuh dengan notification dari Facebook dan etc.




Tapi bila dah ada dua emel, jangan lupa password segala bagai yang ada tu ye.. Hah ! baru teringat.. Ada jugak kawan aku yang sign up Facebook, tapi dia takde emel.. HA HA.. Pastu, jenuh aku tolong dia buat emel baru, pastu tukar setting Facebook dia.. Ngahahaha.. Okeylah, babai :)

Thanks for dropping by :)

Tuesday, August 28, 2012

Tutorial teks bergerak (marquee text)

Assalamualaikum


Fuhh, baru balik settlekan medical check-up.. Alhamdulillah sekejap je.. Balik senyum lebar lebar.. ngeh ngeh ngeh.. XD Tau tak teks bergerak macam mana ? Meh Mak Jemah tunjukkan XD



Your words yeah!
Hah, macam tu lah :) Nak tau tak macam mane? jom XD

1-Klik design > add a gadget > HTML/JAVASCRIPT

2- Copy coding kat bawah ni dan paste dekat HTML/JAVASCRIPT

<marquee direction="left" >Your words yeah!</marquee>

3- Yang warna hijau tu, boleh tukar samada nak right ke left :)

4- Save dan siap :D

Thanks for dropping by :)

Such a busy week...

Assalamualaikum



Huuu, lama sangat dah tak update blog ni.. Almaklumlah sibuk aku ni mengalahkan perdana menteri.. HE HE.. firstly, aku nak mintak maaf pada yang tunggu entri baru.. Sorry sorry sorry so sorry so sorry, you guys :) So, how's your raya month? Mesti bestkan kan kan ? Kebanyakan member aku kata raya tahun ni paling best... same goes to certain blogger right? Entri raya korang memang menarik.. suka sangat XD Raya aku pun best jugak tahun ni.. First time dapat raya dengan member, boleh dikatakan, aku beraya satu Muar lah bila dengan diaorang.. Tempat yang aku tak pernah pergi pun boleh sampai.. HO HO...


Dengan ini aku nak mintak maaf zahir dan batin di sempena bulan yang Mulia ini.. Especially, yang sudi singgah blog aku yang simple lagi hina ni *sobs* dan tunggu entri baru :) Sayang korang... #ehh Takpelah, walaupun lambat sangat.. huhuhuhuhu~~




Sorry untuk kesekian kali.. Minggu ni busy sangat sangat.. Samalah dengan minggu lepas lepas lepas.. HE HE.. Minggu lepas lepas lepas sibuk buat kuih raya, pergi raya, jalan jalan raya.. #ehh... minggu ni pulak memang busy habis, sebab Sabtu ni dah nak pergi Terengganu.. :) Nak sambung belajar.. ngehehehe.. Merantau jauh kali ni :) Mak abah risau habis.. Excited ? adalah jugak rasa macam tu.. Tapi, perasaan gelisah tu lagi besar dari excited.. Yelah, macam macam benda nak digelisahkan... Gelisah pasal borang tak lengkap, gelisah pasal ada barang yang tertinggal... Tu paling risau sangat tuh~~

Doakan aku dan family selamat sampai Terengganu yea.. :) Dan tak terlupa barang sekali.. XD Okeylah, babai.. Assalamualaikum

Thanks for dropping by :)

Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum


How's your 18th day of Ramadhan? Hope you guys have a blessed life during this month :) Aku nak share satu video nih :) ngehehe XD My favorite :)




Yup, aku memang teringin nak main piano.. Just dapat main piano/keyboard masa kat sekolah dulu.. tu pun lagu happy besday je :D HE HE.. ada jugak main virtual piano dalam smartphone abahku :3 Syok, boleh jadi satu hobi aku lah, senang kata...
Some facts about that video :
Piano lantai (floor piano) ni terletak kat kedai mainan di US.. Nama kedai ni FAO Schwarz.. Kedai ni dibuka pada tahun 1862.. Kedai ni semakin femes sebabkan floor piano tu lah :D
Kat M'sia pun ada gak, kat Pusat Sains Negara tak silap.. Ada gak keinginan nak main time tuh, memandangkan aku pergi lawatan Kolej aku, dengan memakai baju kurung.. -.-' memang tak molek dok terlompat lompat kat situ time tu.. ahaha.. Tapi aku pijak jugak saje nak dengar satu dua bunyi.. ngenngg~ Tapi saiz dia tak berape nak besar macam kat dalam video tu punya :) Nak try, pergilah US.. AHA HA HA ;P Tak pun, try je kat PSN punya :)
Babai :D

Thanks for dropping by :)

Monday, August 6, 2012

Aisyah Shakirah - Awesome Muslimah blogger and vlogger :)

Assalamualaikum..


Ni nak cerita ni, sewaktu jalan jalan kat dalam Facebook tadi, keluarlah satu news feed dari kawan aku.. Dia share link pasal 1 blog yang mengusik hati dan jiwa aku untuk terus follow dan baca blog tu :) And yeah, the title of the entry that my friend had share on fb do attract me to read it :) " Why Don't I Have a Boyfriend ? " Ape lagi, aku pun singgah lah blog tu.. That was my first time visit that blog. :)



Cik Aisyah Shakirah..  An awesome muslimah blogger.. Dia pun ada vlog gak... :) Cari je dalam blog dia tu.. Vlog dia memang best.. Keterujaan aku baca blog dia ni, membuak buak... penuh dengan nasihat. :) Lagi satu benda yang buat aku tertarik dengan blog dia, adalah lukisan lukisan dia.. Hey, senang kata aku memang baca hampir semua entri dia, lagi lagi yang ada komik.. Aku sangat respek dekat Aisyah ni.. Umur baru 18, tapi fikiran dia sangat sangatlah matang dan dapat membuatkan aku rasa sangat kagum dengan dia :)*aku yang tua ni pun macam selenga je* Dia sangat pandai dalam bagi nasihat. Cara dia bagi nasihat melalui blog and vlog dia sangat friendly... XD Dia cakap omputih pun smooth je, takde gagap gagap punya.. Upah dia jadi cikgu BI aku pun ok gak :)


Psst.. adik Aisyah kalau ada singgah sinilah, :') Keep up the good work.. Gila suka dengan vlog adik yang "khemah" tu :) You really have a great opinion about it... :)

Thanks for dropping by :)

Friday, August 3, 2012

Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)

Assalamualaikum





Korang tau tak WPP tu ape? hurmm~ kalau tau baguslah.. Bagi yang nak masuk Uni bulan 9 ni, dah cek tak korang dapat tak WPP ni? Nak cek? meh, aku bagi link.

http://eform.ptptn.gov.my/wpp/semakan-wpp-sept.cfm

Soryy lah, agak lambat sikit sampaikan berita ni, PC buat hal.. Sekarang ni pun online pakai Laptop.. :) Kalau dah cek WPP ni, korang dapat tak ? Kalua dapat, tahniah :) Yang tak dapat? nak tau sebab ape? Maybe, korang tick "TIDAK" kat Wang Pinjaman Pembiayaan (WPP) PTPTN tu lah sebabnya tak dapat.. WPP ni dapat tolong korang biaya segala benda untuk sambung belajar nanti.. Ni just wang pendahuluan je.. Tapi, still kena bayar jugaklah.. Aku ada tanya senior berapa ringgit duit WPP ni... Dia cakap, dapat RM1500.. Okey ape, 1500 kan? HE HE...

Macam mana nak tuntut duit ni ? Hurm, senior aku dia dapat by post.. Posmen pos ke rumah dia.. Tapi, ada sesetengah yang dapat melalui Majlis yang jemput diaorang datang.. Macam mane pihak mereka jemput korang ? Kawan aku dia dapat SMS.. HU HU.. aku tak dapat pun SMS tu, maybe dia pos ke rumah aku kot.. :) wee~ Okeylah, babai semua  :D

Thanks for dropping by :)

Thursday, August 2, 2012

Entri 13 Ramadhan 1433

Assalamualaikum :)


Hai hai.. dah lame tak update blog ni.. ngahaha XD So, macammane puasa ? dapat puasa penuh tak setakat ni ?? Yang lelaki lah.. HE HE HE.. Hurmm, kali ni, tak tau nak cerita ape sangat... :) Tapi ada satu cerita yang akan aku kongsikan.. :)


Semalam, aku pergi buat medical check-up kat Klinik kerajaan lah... HE HE.. agak ramailah time tuh, semua macam aku jugak, buat check-up untuk masuk Uni bulan 9 ni.. adalah jugak terjumpa dengan ex-KMJ.. At first, all went well... THEN, sampai kat tempat x-ray, akak yang jage kaunter tu, muka dia ~~ Alahaiii.. tak gemar eden tengok.. Layan aku macam nak tak nak je... tau lah, aku ni nampak muka selenga je.. Layan aku ngan member aku acuh tak acuh je.. rase nak sembelih je akak tu.. Dia suruh aku x-ray esoknya, which mean hari ni lah~ aku cakap dengan sopannya, walaupun luaran aku nampak kurang sopan -.-

"kak, kalau saya nak x-ray hari yang same dengan appoinment doktor boleh?"


"28/8? haiihh, awak yg nak lambat sangat kan? saya tak kesah~ pukul 3 eh"


"kak, kalau nak sebelum pukul 2.30 ptg boleh? sebab masalahnya, appoinment dengan doktor tu, pukul 2.30"


"alah, dik.. awak ingat kalau pukul 2.30 tu, 2.30 lah doktor tu jumpa awak?"

aku diam je lah.. Nasib bulan puasa, dugaan... Ikut nafsu nak je bagi jelingan maut 360 degree~ =.=" haiihh.. Ni baru dengar cara cakap dia, belum tengok muka dia lagi.. Taulah cantik... MANNERS SHOWS YOUR ATTITUDE~ betul tak? Setahu aku, mereka yang bekerja dekat klinik ni mengamalkan prinsip senyum.. Banyak kali dah aku pergi klinik ni.. Aku rasa kat mane2 pun kena senyum gak.. Senyumkan satu sedekah.. Takpe lah, janji dia bahagia kerja kat klinik tu.. :) Ngahaha ~



Ni pun, untuk peringatan kita bersama.. Senyumlah kepada semua.. tapi jangan melebih pulak, kang orang kata korang gila :) Okeylah, babai~~


Thanks for dropping by :)

Friday, July 27, 2012

Siapa Pegawai Kerajaan Gred A?


Disebabkan aku tak tau siapa tu Pegawai Kerajaan Gred A dan ramai di antara kawan aku yang tanya siapa pegawai kerajaan gred A, so, aku cerita je lah kat sini :) Senang sikit,, boleh bebel panjang panjang :D


PEGAWAI.. contohnya :-
1- Pegawai Daerah
2-Pegawai Sains
3-Pegawai Tadbir dan Diplomatik


BEKERJA DI SEKTOR KERAJAAN.. contohnya :-
1- Akauntan
2-Doktor
3-Engineer
4-Polis and askar (assistant tak boleh)

KETUA DALAM SEKOLAH/DEPARTMENT.. contohnya :-
1- Pengetua
2- Guru Besar
3- Ketua Jabatan
4- Pengarah

takpun :-

GRED BELIAU HENDAKLAH ATAS 41 ATAU LEBIH


A) Universiti:
Lecturer (DS45 and above)
Pegawai Teknologi Maklumat (F41)

B) Sekolah Menengah:
Pengetua (DG 48)
Penolong kanan pentadbiran dan akademik (DG44)
Penolong kanan hal ehwal murid (DG44)
Penolong kanan kokurikulum (DG41)
Ketua Bidang (DG 44)

C) Sekolah Rendah:

Guru Besar (DGA 31)
Guru Penolong Kanan (DGA 29)


Tujuan aku cari siapa Pegawai Gred A ni, sebab nak mintak pengesahan benda benda yang aku potostet untuk pinjaman yang aku ada mohon arituh XD

Credit to : Quansheng Forum



Thanks for dropping by :)

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum


Korang masih ingat sajak ni tak ? belajar masa form 4 tak silap XD
Credit to : http://9gag.com/




credit to : 4kiki.com











Really like the last picture :) hey hooo~ babai ♫♪♫♪♫♪♫♪

Thanks for dropping by :)

Tuesday, July 24, 2012

Biasiswa dan Pinjaman untuk pelajar


Memandangkan ramai kawan aku yang tanya macam macam pasal ni, so, aku cerita lah sikit sikit yang aku dah mohon je lah.. HE HE


1- Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)


Yang ni aku dapat dari Blogger Jal. Klik kat sini untuk download atau cetak borangnya.
Skim ni alternatif lain selain PTPTN. Ha, lagi satu, pemohon kena buat surat permohonan secara individu untuk ketua pegawai eksekutif YPM. Ni wajib buat tau. Pastu, kena sertakan IC dan surat beranak korang macam biasa lah kan, IC parent, surat tawaran Uni korang, slip gaji korang (kalau dah bekerja) dan Slip gaji parent.. Semua dokumen potostet ni wajib disahkan dulu tau, tak kiralah ADUN ke, ketua kampung ke.. Dia ada tulis kat situ sape je yang boleh sahkan :D



2- Perbadanan Islam Johor (PIJ)




Yang ni pulak KHAS untuk anak JATI JOHOR.. HE HE ♫ Klik kat sini untuk pergi laman web dia. http://www.pij.gov.my/borg_IPTA.pdf • Yang ni kira macam biasiswa lah..Yang ni pun sama macam SDEP, kena print yer • Ape yang dia nak sama macam SDEP gak, tapi dia ade mintak lagi satu iaitu : LAIN LAIN DOKUMEN (YANG BERKAITAN).. Mungkin korang lebih arif, dokumen ape yang dia nak lagi kan ? ;) segala dokumen yang potostet tu, kena disahkan oleh WAKIL RAKYAT sahaja.


3- Pinjaman Boleh Ubah Yayasan Pelajaran Johor 




Ni pun untuk orang Johor. Maaf yer, sebab banyak Johor je.. I'm Johorian XD Ni pulak Pinjaman Boleh Ubah YPJ. Sedikit overview, yang ni kena mohon secara online tau.. Sila klik di SINI untuk pergi ke laman web YPJ. Dalam laman web tu, skrol ke bawah sampai nampak perkataan " Pemberitahuan -Permohonan Pinjaman Boleh Ubah "




Klik setiap link tu kalau nak baca je, atau nak print.. :D Tapi aku print je. Ahaha XD senang sikit. plus nak habiskan kertas -.-' dekat link last sekali dia tunjuk cara cara nak mohon online.. ikut je step dia, walaupun panjang berjela jela.. Nanti dah abes isi semua borang online tu, dia suruh print slip pengesahan. Slip tu jaga elok elok.. Next, pegi potostet IC n surat beranak korang ,IC parent, Slip gaji parent, Surat tawaran, sijil berhenti sekolah, sijil sijil kegemilangan time sekolah dulu*ayat terlebih hiperbola* , sijil SPM, Salinan keputusan exam IPT (sedia ada) dan lain lain dokumen berkaitan. Macam biasa, dokumen yang dipotostet ni, kena lah disahkan oleh PEGAWAI GRED A atau setaraf dengannya :D


4- Yayasan Bank Rakyat



Nak mohon ni, sila klik di SINI • Kemudian, ikut gambar kat bawah ni




Lepas dah klik tu, isi semua yang dia nak tau. Nanti pihak Bank Rakyat akan emel korang, kalau takde kat inbox, tengok kat spam. Nanti dia ada bagi ID pengguna dan kata laluan.. Ni rahsia masing masing.. hewhew >.< Dah log in tak? Nanti korang nampak macam gambar kat bawah ni, korang klik kat "permohonan E-borang". 




Nanti dia keluar pop-up window.. ikut je syarat syarat dan arahan dia, okeyy ;D Nanti, sebelum nak klik ke "seterusnya" tu, baca dulu arahannya.. HE HE ♫ Advantage YBR ni, dia boleh dimohon untuk 2 kategori, satu untuk biasiswa, satu lagi pinjaman. Biasiswa hanya untuk 3.5 keatas. Mari mohon ramai ramai :) huhu..


Okeylah, setakat ni, tu je yang aku mohon.. PTPTN tak mohon lagi, sebab PTPTN bukak sebulan sebelum hari pendaftaran Uni.. ♪ Kalau tak berape nak jelas, sila tanya tanya kat shoutbox ke, kat komen ke... Up to you ☺ Okeylah, babai XD



Thanks for dropping by :)

Monday, July 23, 2012

Freebies : Floral Header

Assalamualaikum


Nak amek header ni? amek lah :) It's free to use ♫ Saiz header ni 760pixels tau..
Nak amek, right click save image as.. okeyy XD

















Thanks for dropping by :)

Thursday, July 19, 2012

Selangkah ke Bulan Ramadhan ♥

Assalamualaikum semua..

Haa, hari ni dah 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433... Hurmm, Lagi satu hari je tinggal untuk masuk bulan Ramadhan.. Korang dah ready ? dari segi mental dan fizikal? HE HE HE ♫ InsyaAllah dah... hewhewhew.. Bulan puasa ni sangat menguntungkan... Nak tau apa keuntungannya ? Nanti dah puasa, korang rasa lah keuntungan tu sendiri :D Caye lah cakap aku :)

HE HE,, apa je persiapan korang untuk puasa ni? Dah lama aku tak puasa full kat rumah.. sebab dari aku form 1, aku dok asrama... So, banyaknya aku puasa kat asrama dan Kolej lah.. HE HE ••• Kali ni, aku puasa full kat rumah.. So, rasa teruja gila T^T sobs sobs...

So, ape ape pun, semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa , InsyaAllah kita dipanjangkan umur :D Nasihat aku, JANGAN PONTENG PUASA yeee~ ;D Bila kita ikhlas berpuasa sambil beristiqamah, Allah bagi pahala tau ♥ Okaylah itu saja.. babai... hah ! lagi satu, bila nak beli makanan untuk buka tu, jangan jadi rakus nak makan macam macam... nanti beli banyak banyak, pastu kenyang.. saki baki makanan yang lain, buang =.=' Jangan jangan jangan... Tak baik membazir :)



Thanks for dropping by :)

Wednesday, July 18, 2012

Tutorial embedded comment (reply the comment)

Assalamualaikum


HE HE ♫ Hari ni nak aku nak ajar balas komen kat situ jugak, tak payah guna button apa ke bagai.. Paham tak ni ? takpe, takpe meh aku tunjukkan gambar ye :D


Hah, jadi macam gambar tuh XD


Okey, jom start... HE HE HE ☺

1- Pergi ke setting dulu.




2- Pastu klik ke Comment




3- Kemudian, tick dekat "Embed below post"



4- Pastu, klik Save... Tadaaa~ siap dah :)


Sebenarnya, aku pun baru jumpa tutorial ni.. HA HA ♫ So, agak jakun sikit lah :) ngehehe~ okeylah, babai


Thanks for dropping by :)

Tuesday, July 17, 2012

Segmen promote blog by Jal

Assalamualaikum




Kali ni, aku try join segmen ni.. Segmen yang paling simple sesangat XD I like ~ HE HE HE ♫ Jom lah ramai ramai join segmen ni.. tak banyak pon syarat dia... Teruja gila :D haha ! lagi satu, tarikh tutup dia sama dengan birthday adik kesayangan aku ♥ Sama jugak dengan 6 bulan cik Jal ni berblogging :)

Thanks for dropping by :)

Friday, July 13, 2012

Alhamdulillah.. Dapat jugak tempat kat universiti :)

Assalamualaikum


bila jari jemari dah sejuk, menggigil haa, mula lah nak update entri.. hekhek... Entri kali ni ada kaitan dengan UPU lagi.. akhirnya, lepas kawan aku bagi link alternatif untuk cek universiti mane, mulalah, tangan menggedik nak cek.. dalam hati risau tahap maksima... lagipun, nak tunggu UPU pukul 12 tengahari nanti.. PENANTIAN SATU PENYEKSAAN... hehe :D nak tau link dia ? meh meh, aku bagi yer :)

http://intake.utm.my/semakan/?menu=stpm

nak tau aku dapat ape? hehe.. Jeng jeng jeng XD

klik untuk membesar

Haaa, akhirnya.. Alhamdulillah dapat tempat kat universiti.. Sekarang ni memang susah nak dapat tempat kat universiti.. Saingan semua hebat-hebat belaka... Alhamdulillah, dapat jugak kan? Kalau target terlepas, tapi dapat universiti lain, kenalah bersyukur gak :) Kepada adik adik yang bakal mengalami perkara ini, study rajin rajin, dapat 4 flat, semua universiti rebut korang.. ahahaha XD

kalau dulu belajar kat Kolej Matrikulasi Johor, yang dekat hampir sekangkang gajah, abah aku yang amek aku bila minggu balik.. kali ni, survive sendiri.. amek kau ~ hehe.. naik bas sendiri.. tak pe, tak pe.. buat pengalaman terindah.. tralalala~


okeylah, mekaseh daun keladi.. nanti jumpa lagi...
Psstt : korang dapat mane? yg mengalami nasib mcm aku ni :)

Thanks for dropping by :)

Wednesday, July 11, 2012

Pen Merah, Pen Biru~

Assalamualaikum




Hai hai ! Entri kedua untuk hari ni :) HE HE ♫ Nak tau pasal ape? Haa, jom jom ! Tadi, pukul 1.30 petang adik aku balik sekolah.. Hurm, macam biasalah, balik je diaorang terus siap untuk pergi sekolah agama pulak.. tengah-tengah dalam proses nak siap tu, diaorang nyanyi satu lagu...

Pen merah, pen biru,
you marah I love you..
Pen merah pen kuning,
You marah I pening.

HA HA... pastu diaorang nyanyi lah sampai kat meja makan, siap tukar tukar kaler pen tuh lagi =.=' The main point aku nak cakap ni, korang pun mesti sambil baca lirik pen merah biru tu sambil nyanyi kan? korang bukan baca, tapi nyanyi kan kan kan ? AHA HA HA ☻ Mase kecik kecik setahun jagung dulu pun pernah jugak aku nyanyi lagu ni, siap main teka teka lagi dengan kawan, kalau kuning jadi ape, hijau jadi ape... HE HE HE XD Rindu pulak zaman sekolah rendah, jadi budak ala ala comel gitu~ ehehe :P


Biarlah zaman persekolahan rendah itu menjadi kenangan manis... Tapi sekarang, kita kena move forward.. So, let's everybody move forward ! Gambateh XD

okeylah, terima kasih daun keladi, rajin singgahlah lagi ♥

Thanks for dropping by :)

Wordless Wednesday :D

Assalamualaikum


Disebabkan tajuk entri Wordless Wednesday, aku memang tak tau nak update apa, sebab aku nak cerita dalam gambar je.. Bak kata Yuna, dalam setiap gambar ada lagunya... HE HE HE XD Gambar-gambar kat bawah ni, diambil sewaktu aku belajar kat Kolej Matrikulasi Johor.. Banyak aku shoot dari bilik aku sendiri.. Almaklumlah, bilik tingkat 3... Tinggi pulak tuh.. Jenuh naik tangga =.=" Sampai atas tercungap cungap macam ikan tak cukup air.. HA HA HA.. *nampak tak hiperbola disitu?*





Tangkak Highland di hening pagi XD






senja di KMJ






waktu pukul 7 pagi rasenye ><



softboard aku memang serabut XD
















for my best math lecturer : Miss Chan


view from my room :)







Gunung Ledang rasanya >.< hehe


view from : dari ceruk tangga blok..

Banyak jugaklah pemandangan yang cantik kat KMJ ni.. HE HE.. promote KMJ kejap... Rindu pulak nak tengok guna mata sendiri... haisshh T^T...


Okeylah, enjoy tengok yer.. HE HE.. aku bukan hebat mane pun bab-bab menge'shoot' nih.. Just amatur je, ambil gambar sekadar untuk dibuat kenangan... kuikuikui...

Picture taken by myself using Canon EOS 1000D belongs to abahku ♥ Mostly being set as Landscape mode, portrait mode and close-up mode ♫
Okeylah. Terima kasih daun keladi...Bila-bila datang lagi... ♫




Thanks for dropping by :)

❕Disclaimer: All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.